Wednesday, August 12, 2009

Stadthuys Mengamit Pelancong


Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih
gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarah silam Melaka.

Bangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda
yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan
pegawai-pegawainya hingga awal kurun ke-18 dan pusat pentadbiran Belanda.
Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
Kini Bangunan Stadthuys menjadi tumpuan utama para pelancong dari
dalam dan luar negara. Di samping menikmati keindahan
bangunan penuh bersejarah ini, mereka juga boleh membelibelah
cenderamata di kedai-kedai yang tersedia di sekeliling Bangunan Stadthuys.

Beberapa buah muzium juga diwujudkan di sekitar Bangunan Stadthuy
seperti Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho,
Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi,
Muzium Yang Di-Pertua Negeri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...