Thursday, October 1, 2009

Salero Minang di Subang Jaya


Masakan Minang dari daerah Padang, Sumatera Barat, Indonesia adalah antara masakan kegemaran masyarakat tempatan. Antara Restoran Minang yang mula menemui pelanggannya di Lembah Kelang ialah Restoran Salero Minang di Subang Jaya.

Restoran ini menyediakan pelbagai lauk pauk khas untuk penggemar masakan Minang. Lokasinya yang terletak berhampiran kompleks membelibelah Subang Parade dan Carrefour memudahkan lagi pengunjung datang menikmati juadah enak di sini.

Keistimewaan restoran Minang ialah kepelbagaian lauk pauk yang menjadi penambat selera pengunjung.

Antara menu istimewa ialah masak rendang dan gulai ayam kampung, daging dendeng, ikan keli bakar, soto padang, pempek, ayam goreng bumbu dan pepes ikan.

Hidangan wajib dicuba apabila berkunjung ke mana-mana restoran Minang, semestinya gulai lemak daging atau lebih dikenali sebagai gulai daging tetel di sesetengah tempat.

Melihat lauk pauk yang tersusun sudah mengiurkan, apatah lagi apabila menikmatinya

Hidangan nasi panas sudah menjadi keutamaan apabila menikmati masakan Minang. Keenakan rasa lauk pauk tidak akan terasa andai dihidangkan nasi sejuk.


Tidak ketinggalan, pastikan bergedel dan tempe goreng dihidang sama. Untuk menambah selera nasi panas anda digaulkan dengan sambal cili hijau.

4 comments:

  1. Sedap giler kedai ni..tapi harga ada sket mahal la

    ReplyDelete
  2. Maaf. Blog ini dibuat pada 1 Oktober 2009. Sekarang restoran ini sudah berpindah. Tidak tahu pulak di mana. Kalau sesiapa ada maklumat - Harap info.
    Tq.

    ReplyDelete
  3. dia pindah sebelah tu jee ...selang 2 kedai ...sapa tau kat kl ade tak ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...