Saturday, November 14, 2009

Asam Pedas Selera Kampung @ Melaka


Apabila berbicara mengenai masakan asam pedas, pastinya tidak lari daripada dikaitkan dengan asam pedas Melaka. Ini kerana sajian enak tersebut sememangnya berasal dan popular di negeri itu.


Bagi mereka yang singgah ke Bandar Melaka dan teringinkan lauk asam pedas gaya Melaka, bolehlah singgah ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Jalan PM3 berhampiran Mahkota Parade.


Anda boleh menikmati keenakan asam pedas ikan merah, pari, tenggiri, kembung dan senangin bersama nasi putih panas. Ikan bakar pelbagai jenis turut tersedia.


Selain aneka jenis asam pedas, restorannya juga menyediakan pelbagai jenis sayur dan lauk-pauk (nasi campur) untuk makanan tengah hari.


Ia akan menjadi bertambah berselera apabila disertakan sekali ulam serta sambal belacan.


Selamat berkunjung ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

9 comments:

  1. Selera kg kat sini mmg betul2 membuka selera, paling terbaekkk gulai lemak udang galah dia dgn ayam kampung goreng... perghhh sedap hingga menjilat jari walaupn harga mahal skitlah tapi puas ati sgt beb....5 bintang!!!!!

    ReplyDelete
  2. 5 bintang???????3 bintang pun blum tentu layak..pekerja kurang mesra.dsaranakn ikuti kursus khidmat pelanggan..food biase je..asam pedas terasa dh jd asam pedas minyak.

    ReplyDelete
  3. 1st time pegi dulu memang best, harga kira ok lah coz standard mamak kan tapi seafood dia mahal sket. Try asam pedas, ayam hitam dan lemak udang memang ok dan nak datang lagi.

    2nd time pegi makan asam pedas ngan ayam masak berlada dan ayam berempah, kali ni kurang sedap coz ayam pun macam dah lama dan liat sket macam ayam goren dah lama tu di buat jadi masak sambal.

    3rd pegi ok pulak, pekerja dia? ok gak cepat dan pantas tengok jumlah pelanggan gak kalau orang ramai dia kelam kabut sket dan x best pernah air order lain sampai lain. Tapi still recommended bagi 4 bintang. :)

    ReplyDelete
  4. ermmmm baru sempat nk try menjamu selera di sini.. tapi rasanya xberapa menarik la.. asam pedas biase2 jer... n harganya sungguh tak berpatutan.. nasi puteh, telur masin setengah dan asam pedas ikan pari sekelar kecil beserta kuah sikit.. RM6.50!! mcmana nk rekemen kawan2 yg lain... harap dpt dipertingkatkan lagi mana2 yg kurang tu ye. tq

    ReplyDelete
  5. selera org lain2 kan..jgn condemn je tahu..xnak makan, gi makan tmpat lain.-..-

    ReplyDelete
  6. Saya rasa sebagai orang Melaka, asam pedas yang sedap adalah di Asam Pedas No 35. Restoran 35 ni berdekatan dengan Restoran Selera Kampung tapi di lorong sebelumnya. Harga berpatutan dengan ikan yang segar.

    Selain daripada Restoran 35, untuk makan tengah hari, di Lot 85 pun sedap juga. Asam Pedas Tetel dan Ikan turut dihidangkan di Lot 85. Cuma harga agak mahal kerana restoran ini mengenakan cukai perkhidmatan.

    ReplyDelete
  7. http://kingchickenwingkcw.blogspot.com/ follow lah kami jugak...hehehe....

    ReplyDelete
  8. www.asampedas.my

    ReplyDelete
  9. mcm nk muntah je mkn.asm pedas sejuk.Kat mlm x de apa yg sdp.kalu teringin nk min bail pg KFC je.kalau bail terus ke Muar atau patah blk ke nsembilan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...