Friday, June 26, 2009

The Briyani




Hidangan Nasi Briyani adalah pelbagai. Terdapat hampir 30 jenis briyani yang telah diklasifasikan termasuklah Briyani Malbari, Awadhi, Iranian, Sindhi, Lahori, Kacchi, Tahiri Asia Tenggara dan Briyni Sri Lanka.



THE BRIYANI yang terletak di

65, Ground Floor,

Jalan USJ 10/1A (Taipan),
47620 Subang Jaya.

Menawarkan keistimewaan tersendiri dengan sajian hidangan Briyaninya.






DFOS Briyani House dalam laman webnya memaparkan keistimewaan BRIYANI HOUSE.
The Biryani served at DFOS Briyani House is a culinary apocalypse for all gourmets of cionados who can indulge their taste buds with a real Briyani prepared in the traditional style with all herbal ingredients used in in the ancient historic regal recipe".
DFOS Briyani House especially imports more than eight exclusive nutrients herbs, fragrant spices and aromatic condiments from all over the world to give you, your family and friends the most sumptuous, scrumptious and succulent dining out experience”



Laman web itu menambah -
Yet to date, there wasn’t even a single restaurant in Malaysia which served the original and quintessential, pure Briyani- that is until DFOS Briyani House created history by launching “The Briyani in Malaysia”.




Thursday, June 25, 2009

20 Jenis Roti



Sekiranya anda mahukan perubahan rasa khususnya untuk sarapan pagi atau makan tengahari mahupun minum petang, cuba melangkah ke Toast & Toast, di Taman Perling, Johor Bahru.





Terdapat lebih daripada 20 jenis makanan roti sandwich pelbagai kombinasi dan rasa tersedia untuk dicuba. Sepertimana kopitiam lain, Toast & Toast juga menawarkan air kopi & teh berprisa sendiri.



Jikalau anda tidak berminat dengan hidangan roti ini terdapat juga pelbagai jenis nasi goring mahupun jenis mee. Mee Mamak Toast & Toast saya rasakan mempunyai keistimewaan sendiri kerana rasanya lebih lazat daripada Mee mamak di Restoran 24 jam mereka.





Jikalau anda tidak berminat dengan hidangan roti ini terdapat juga pelbagai jenis nasi goreng dan mee.

Tuesday, June 23, 2009

PD Rockers Kopitiam



Sepanjang perjalanan di pantai peranginan Port Dickson, terpapar promosi banner Bangi Kopitiam. Bagi mereka yang mahu bersantai di pusat peranginan yang paling hampir dengan Lembah Klang ini bolehlah singgah di Bangi Kopitiam sambil menjamu selera.





Antara menu yang menjadi perhatian ialah Nasi Ayam Hainan, Mee Kari, Laksa dan pelbagai jenis Nasi Lemak. Kopitiam ini dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai minuman seperti Tiramisu Coklat, Ais Krim Coklat, Jus Amra dan Manggo Tanggo Special Twist turut menjadi pemanis mulut yang menyegarkan.


Bangi Kopitiam ini adalah milik perkongsian Kid dari kumpulan Rock-Search dan rakan-rakannya yang mula mengusahakan Bangi Kopitiam yang terletak di Bangi, Selangor sejak bulan Oktober 2006. Bangi Kopitiam juga terdapat cawangannya di Bandar Baru Bangi dan di Wangsa Maju yang terletak di No 22 Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2.


Sarabat Oh! Sarabat




Kalau ke bandaraya Johor Bahru dan secara kebetulan singgah ke City Square yang terletak di tengah pusat bandaraya itu, singgahlah ke Restoran Teh Sarabat.






Istilah Sarabat sudah mula menghilang daripada kamus di ingatan saya. Apa yang menariknya ialah Teh Sarabat yang dipesan diisi dengan pelbagai dedaun dan perisa mengenakkan. Kalau dulunya istilah sarabat samalah istilahnya dengan teh tarik, rupanya sarabat ini bermaksud air teh yang beradunkan pelbagai perisian perasa.
Anda juga boleh mencuba, nasi lemak, nasi briyani dan rojaknya.

Saturday, June 20, 2009

Pancake di Swensen's



Untuk mengubah selera khususnya ketika bersarapan, apa kata kalau berkunjung ke restoran

SWENSEN’S di Subang Parade.

Restoran ini juga terdapat di kebanyakan pusat

membelibelah di seluruh negara turut menawarkan harga berpatutan untuk

sarapan dengan tawaran promosi Swensen’s 1 for 1 Breakfast.



Promosi “Swensen’s hearty breakfast sets starting with RM8.90” ini begitu menyelerakan sekiranya anda meminati hidangn Pancake mahupun Toast.


Pancake set menawarkan pilihan adunan, Banana & Blueberry.
Pesanan yang berharga RM12.90 turut diiringi tiga pilihan minuman
– Kopi, Teh atau Fresh Orange.

Bagi yang menggemari roti pula, anda boleh memilih hidangan menu
Tradisional French Toastdengan harga RM12.90.
Harga ini termasuk pilihan minuman Kopi, Teh atau Fresh Orange

Thursday, June 18, 2009

Bagel vs Roti Canai



Sekiranya anda hendak menukar selera untuk bersarapan, apa kata
mencuba ke Coffee Bean yang menawarkan harga
yang lebih murah dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi.

Pesanlah sebuah Bagle & Cream Cheese dan Kopi Susu yang hanya
menelan biaya RM9.80 sahaja. Kalau hendak berjimat lagil coffee
bercawan besar dan bagle berukuran besar itu boleh di kongsi berdua.
Bagi mereka yang mahu mencuba makanan sesuai untuk sarapan
cubalah Salmon & Roti Foccacia.
Cofee Bean terdapat di kebanyakan Kompleks Beli-Belah di seluruh
negara dan bagi saya, saya sering mengunjungi Coffee Bean
di Subang Parade sekiranya mahu menukar selera daripada
sarapan biasa dengan nasi lemak, roti bakar atau roti canai.

Tuesday, June 16, 2009

Kopitiam - Geylang Kopitiam



No : 2, Jalan USJ 9/5P,
Subang Jaya.
Suasana persekitaraanya menggamit nostalgia ketika melihat dekorasi yang diilhamkan seperti kedai makan ala tahun 60-an. Ia diadun dengan lagu-lagu daripada filem-filem Melayu seperti R.Azmi, Rosiah Chik dan P.Ramlee.

Lontong Goreng, me rebus, sate goreng, kacang phool, nasi lemak pelbagai, soto ayam, dan minuman seperti teh 'c' peng gula Melaka dan air bandung jagung dan air limau madu adalah antara menu luar biasa restoran ini.





Turut dihidangkan ialah lempeng pisang & sambal, cucur udang, keropok lekor, ubi rebus dan masakan Barat.
Geylang Kopitiam dibuka jam 8 pagi hingga 11 malam.

Monday, June 15, 2009

Asam Pedas Claypot



Jika anda ke Melaka pastikan anda merasai resipi khas negeri itu iaitu masakan Asam Pedas. Ia bukan saja terkenal dan disukai oleh penduduk Melaka dan Johor bahkan pelancong dari dalam dan luar negara. Jika di Johor, asam pedas ayam popular, di Melaka, asam pedas daging atau lebih dikenali asam pedas tetel (daging berlemak) popular. Anda boleh mendapati pelbagai restoran yang menawarkan resipi Asam Pedas ini. Antara Restoranya ialahRestoran Kota Laksmana 1 – di 1408 di Taman Laksmana.

Anda pasti menemui tempat ini kerana ia terletak di Taman Laksmana yang pasti ditempuhi ketika menuju ke satu lagi ikon pelancongan Melaka iaitu Eye on Malacca.

Blog makan2jalan2


BLOG ini akan merakamkan tempat-tempat makan yang menarik serta destinasi pelancongan yang boleh dikunjungi oleh sesiapa yang memerlukannya.



Adalah diharapkan BLOG makan2jalan.blogspot.com dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat. Sekian. Terima Kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...