Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka

Kompleks Membelibelah Sunway Pyramid menjadi gelanggang bagi pelukis ternama tananhair S.Amin Shahab mempamerkan ciptaan lukisannya 1001 Faces of Malaysia – bersempena program merayakan kemerdekaan negara ke 52.

Pelukis kelahiran Batu Pahat ini meneruskan melakar potrait individu yang berminat untuk merakamkan wajah mereka di kanvas pelukis berkelulusan dari Nan Yang Akademi Singapura ini.


Teknik lukisan S. Amin Shahab ialah hanya menggunakan pen dakwat basah berwarna hitam jenis Artline di atas kanvas secara terus dengan menampilkan imej flora dan fauna serta figura manusia.


Turut dipamerkan ialah lukisan One Kilomter World yang memperlihatkan kegigihan S.Amin Shahab dalam menghasilkan lukisan terpanjang 1 kilomter yang memaparkan pengembaraannya merentasi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, beberapa bandar di Pakistan, Eropah & Negara Asia Barat. Lukisan ini mula dihasilkan pada tahun 2004.


Pameran yang diadakan bersempena Sambutan Merdeka ke 52.

SELAMAT HARI MERDEKA.

Sunday, August 30, 2009

PD - Jom Bersantai


Pesisiran pantai Port Dickson , PD terkenal sebagai destinasi percutian hujung minggu. Ramai warga kota yang bertandang ke sini setiap ada kelapangan.

Nama Port Dickson ini diambil sempena nama seorang pegawai British Sir John Frederik Dickson pada 1889.

Port Dickson terkenal kerana kawasan pantai, yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Kemudahan penginapan pelbagai jenis daripada penginapan bajet sehingga bertaraf lima bintang menjadikannya satu lagi ciri utama tarikan pengunjung.


Antara pantai yang terkenal di sini ialah Teluk Kemang dan Teluk Biruatau Blue Lagoon, selain terdapat kemudahan untuk sukan air dan aktiviti pantai.


Lihat blog sebelum ini yang ada kaitan dengan Port Dickson:

Rockers Kopitiam & Ostrich PD.



Bazar Ramadan - 2009 @ Subang Jaya


Bazar Ramadan di Subang Jaya tidak banyak bezanya dengan Bazar Ramadan lain yang turut menawarkan pelbagai hidangan juadah istimewa buat pengunjungnya.


Bagi mereka yang malas memasak untuk persediaan berbuka, pelbagai jenis makanan, kuih muih dan minuman bersusun rapi di sepanjang gerai yang disediakan khas oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ.


Oleh kerana kedudukan Subang Jaya sebagai bandar kelas menengah di Selangor, para pengunjung Bazar Ramadan ini bukan hanya terdiri daripada orang Islam malah penduduk pelbagai kaum yang turut sama memeriahkan suasana membelibelah di sini.


Sepanjang kawasan ini, para penjaja menggunakan kepakaran masing-masing untuk menarik minat pengunjung untuk singgah dan membeli juadah yang mereka disediakan.

Friday, August 28, 2009

Gerai Kek di Lebuhraya

Sekiranya anda melalui Lebuhraya NILAI-KLIA menuju ke Shah Alam, anda boleh singgah ke R&R Dengkil untuk beristirehat sambil bersantai seketika untuk melepaskan keletihan kerana lama memandu.
Beberapa gerai tersedia untuk Anda menjamu selera di R & R ini.

Antara gerai yang menarik perhatian ialah FA CAKE HOUSE yang menyediakan pelbagai jenis kek dan makanan ringan lain.

Hiasan dalaman dan susunaturnya menjadikan FA Cake House menarik minat pengunjung untuk singgah dan mencuba beberapa hidangan istimewa yang disediakan.

Oleh kerana kedudukannya itu juga, tidak hairanlah ia menjadi tempat persinggahan para pelancung luar negara yang melalui laluan lebuhraya itu. Ini kerana kedai ini mungkin dirasakan bersesuaian dengan selera mereka kerana menyediakan pelbagai jenis makanan ringan.

Wednesday, August 26, 2009

Bazar Ramadan 2009 - Taman Perling, JB.

Ketika bulan Ramadan tiba umat Islam turut mengambil kesempatan untuk mencari rezeki tambahan berniaga kecil-kecilan di Bazar Ramadan yang tersedia dipelbagai tempat.

Bagi penghuni Taman Perling dan penduduk berhampiran, Bazar Ramadan Taman Perling, Johor Bahru, ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang membuat persediaan membeli makanan untuk berbuka puasa. Antara makanan istimewa di Johor yang hanya didapati pada bulan puasa pastinyalah Nasi Ambang. Nasi Ambang merupakan makanan masyarakat Jawa yang dikenali sebagai Nasi Ambeng. Ia lazimnya dihidangkan semasa kenduri arwah.

Nasi Ambang lazimnya disediakan bagi membolehkan tetamu mengalas perut kerana mereka kemudiananya akan membawa pulang bungkusan bekalan Nasi Ambang yang diberikan oleh Tuan Rumah. Antara bahan di dalam Nasi Ambang ialah nasi putih, ayam masak kicap atau goreng , sambal goreng jawa, serunding kelapa, mee hoon goreng atau mee goreng, ikan kering kecil yang digoreng rangup, ulam timun, keropok dan tempe goreng.

Di Bazar Ramadan Taman Perling ini, pelbagai bahan makanan istimewa lain turut tersedia buat pelanggan, sehinggakan ketupat dan lepat turut tersedia seawal hari puasa pertama lagi.

Pastinya makanan-makanan lain turut tersedia.

Kuih Muih dan pelbagai jenis Lauk Pauk juga menjadi antara daya penarik bagi orangramai untuk berkunjug ke Bazar Ramadan yang khususnya tersedia selama sebulan sepanjang bulan yang mulia ini.

Monday, August 24, 2009

Mee Bandung Kg. Melayu, Kepong


Sekali sekala kita dapat menemui gerai-gerai di pelbagai tempat yang menawarkan makanan yang sedap. Salah sebuah gerai yang dimaksudkna ialah Gerai RM yang terletak di Kg. Melayu, Kepong-FRIM yang terletak 15 km dari pusat Bandar Kuala Lumpur.

Sekiranya anda memasukki Kg. Melayu Kepong ini, pastinya Anda tidak akan terlepas pandang akan gerai ini, kerana pastinya anda akan melintas di hadapannya.

Apa yang istimewa mengenai gerai ini ialah Mee Bandung Muarnya yang agak istimewa.


Mungkin bagi penduduk Kg. Melayu, sudah mengetahui keistimewan Mee Bandung , Gerai RM ini.


Sekiranya anda melintasi kawasan FRIM, pastikan anda menjenguk ke Kg. Melayu, Kepong dan jangan lupa singgah di Gerai RM ini.



Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Mohon Maaf Zahir & Batin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...