Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Promosi Raya - 2009 @ Subang Parade

Sepertimana Kompleks Membelibelah lain, Subang Parade di Subang Jaya, turut mengadakan promosi sempena Sambutan Hari Raya.

Concourse kompleks membelibelah itu kini menjadi tumpuan pengunjung kerana memperagakan barangan pakaaian serta kuih muih bagi persiapan Lebaran.
Bagi mereka yang mahukan Baju Kurung Lelaki & Wanita, telah tersedia di gerai yang dibina.

Anika jenis kuih raya berserta dengan bungkusannya juga tersedia bagi mereka yang mahu memberi cenderamata sempena Hari Raya yang menjelang tiba.


Wednesday, September 16, 2009

Joget Asli di Mid Valley


Hiasan menarik yang unik sempena promosi The Rah-Rah Jom Balik Kampung ke Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, ternyata menjadi tumpuan pengunjung. Ia mengimbau nostalgia kemeriahan suasana Aidilfitri di desa sekitar 1950-an. Segala keindahan itu diterjemahkan menerusi binaan beberapa buah rumah kampung yang menarik.


Suasana dizahirkan menerusi tiga bahagian pusat tumpuan pasar raya berkenaan apabila semua gerai berkonsepkan perkampungan 1950-an. Persekitaran lebih terasa dan pengunjung boleh bernostalgia ketika mendengar dendangan lagu raya klasik yang sentiasa segar di ingatan.



Pelbagai jenis gerai yang menjual keperluan Aidilfitri tersedia menunggu para pengunjung dengan tawaran barangan menarik. Antara syarikat yang terbabit ialah Coconut, Crabtree & Evelyn, Elianto, Famous Amos, Hurley Collection, Karyaneka, Khazanah, KT Songket, Lovely Lace, Sinma, SIS dan Top Cookies.


Aktiviti menarik disediakan bagi pengun jung seperti permainan tradisional teng teng, batu seremban dan congkak turut diadakan selain persembahan tarian tradisional dan instrumen.

Promosi Raya ini akan berlangsung sehingga 22 September ini.

Tuesday, September 15, 2009

Pesta Bunga @ Ayer Hitam


Bagi mereka yang berkesempatan ke selatan tanahair ke Johor Bahru, pastikan anda singgah ke Pekan Ayer Hitam yang menawarkan pelbagai aksesori hiasan dalaman rumah seperti pasu, bunga hiasan dan hantaran pengantin.



Sempena kehadiran Hari Raya, pekan Air Hitam berpesta bunga dengan tawaran pelbagai bunga hiasan untuk menyerikan rumah.


Sesetengah pihak menganggap pekan ini seperti syurga membelibelah khususnya semasa tiba musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu.


Koleksi yang tersedia juga adalah yang terkini dan mengikut trend semasa. Sejumlah besar barangan yang disediakan diimport khas dari China. Berbanding dengan tempat lain, harganya adalah lebih murah .


Monday, September 14, 2009

Bazar Ramadan - 2009 @ TTDI

Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail , TTDI adalah antara pasar Ramadan yang sering menawarkan kepelbagaian jenis makanan.


Semua jenis makan dari pelbagai negeri tersedia. Nasi berlauk-Kelantan,Nasi Briyani-Johor, Putu Piring- Melaka dan pelbagai jenis makanan lagi.

Nasi Kerabu, Ayam Percik Kampung & juga Bandar,ikan bakar, semuanya tersedia untuk anda membuat pilihan.


Terdapat juga sebuah gerai yang khusus menjual sup mengikut pilihan anda sendiri.


Dapatkan Kuih Drum-Kelantan, Dim Sum dan Cucur Udang di Bazar Ramadan ini.


Sekiranya anda ke kawasan Taman Tun, pastikan anda menjenguk Bazar Ramadan TTDI ini.

Sunday, September 13, 2009

1001 Malam di Sunway Pyramid


Sunway Pyramid memilih tema inspirasi 1001 malam sempena sambutan menyambut Hari Lebaran 2009.


Bersesuaian dengan jenamanya Sunway Pyramid, kompleks membelibelah ini pastinya melaksanakan promosinya dengn tema Irama Padang Pasir 1001 malam bermula dari 29 Ogos sehingga 22 September 2009.


Beberapa gerai khas ditempatkan di samping pentas utama dengan tawaran pelbagai barangan khusus sempena menyhambut sambutan Hari Raya.


Gerai istimewa ini dengan persembahan kreatif ukiran sepertimana di Lembah Nil di Mesir turut menggamit para pelancong khususnya dari negara Arab untuk mengunjungi kompleks belibelah ini.

Friday, September 11, 2009

Tenang di SUBAK

Restoran berunsur kayu ini mengadunkan konsep ala kampong tradisional serta Bali.

Itulah istimewanya di Restoran Subak yang terletak di Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan.


Tenang dan romantik dengan persekitaran sekelilingnya menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang mahu menikmati sajian enak makanan Malaysia dan juadah antarabangsa di dalam suasana tepi hutan di kaki sebuah bukit.


Bagi mewujudkan suasana semula jadi, pelbagai jenis pokok tidak ditebang sebaliknya dikekalkan sebagai salah satu hiasan dalaman semulajadi restoran itu.

Sempena bulan Ramadan ini restoran ini turut menawarkan menu untuk berbuka puasa kepada pengunjungnya.



Bagi mereka yang ingin ke sana sila layari www.subak.com.my/ untuk mendapat maklumat lanjut mengenai restoran istimewa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...