Friday, October 30, 2009

Ali Cafe di Bangsar


Restoran Ali Café yang terletak bersebelahan Balai Bomba di Jalan Pantai Baru, di KL adalah lokasi tumpuan sejumlah besar pelajar Universiti Malaya yang tinggal berhampiran. Ia menawarkan pelbagai makanan Malaysia dan pengkhususnnya ialah makanan ala-Thai atau tomyamnya.



Sekiranya anda berpeluang ke sana apa kata cuba pelbagai jenis makanan ala-Thai seperti masakan ikan tiga rasa, daging masak merah, telur bungkus, ayam goreng kunyit dan makanan ala–Thai lain.



Anda jua boleh memesan makanan yang lebih mudah dan murah seperti Nasi Paprik sama ada perasa campur, ayam, daging mahupun udang.



Harganya juga adalah berpatutan dan tidak hairanlah restoran ini terus menerima kunjungan para pelanggan khususnya pada waktu puncak pada waktu makan tengahari dan makan malam.


Tuesday, October 27, 2009

Ikan Bakar Fend


Ikan Bakar Fend memang terkenal bagi orang-orang di sekitar Kelana Jaya. Dulunya mereka hanya menggunakan van bergerak dan berniaga berhampiran Sekolah Rendah Kelana Jaya.


Sekarang mereka sudah punya Restoran Ikan Bakar Fend yang terletak di No E-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya. Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan khususnya pada waktu makan tengahari.


Keistimewaan menu restoran ini pastinya ialah ikan bakarnya yang anda boleh dirasai keharuman ikan bakarnya apabila sampai ke restoran itu.


Anda perlu beratur untuk membuat pesanan anda dengan pelebagai pilihan ikan seperti kembong, pari, sotong, ayam dan juga daging. Terserah dengan selera anda.


Harga pesanan juga adalah berpatutan berbanding dengan restoran ikan bakar lain khasnya di Lembah Klang.


.

Di samping menu bakarnya terdapat juga menu lain yang pastinya menyelerakan.


Wednesday, October 21, 2009

Burger Larut Malam

Sekiranya anda terasa hendak makan burger pada waktu lepas tengahmalam – apa kata anda cuba The Burger Shop yang terletak di Jalan SS 15/8 (Jalan yang sama menuju ke Asia CafĂ©) yang popular di kalangan pelajar IPTS di persekitaran SS15 Subang Jaya.

Ia bukan sepertimana Burger king atau MacDonald yang berbentuk restoran. Ia berupa gerai bergerak yang bersedia menunggu pelanggan daripada jam 6 petang hingga 4.30 pagi. Ia ditutup pada hari minggu.



Tetapi anda jangan mengharapkan tempat duduk untuk bersantai kerana ia tidak menyediakannya. Pada waktu-waktu puncak anda perlu berbaris panjang untuk mendapatkan pesanan Burger anda.



Sebagai pedoman, jangan datang pada waktu puncak iaitu antara jam 9 hingga 11 malam untuk memesan burger anda. Sekiranya anda sanggup beratur, ia tidak akan jadi masalah.

Monday, October 19, 2009

Cendol SS17, Subang Jaya.


Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya dan merindukan minuman Cendol atau ABC – apa kata anda singgah sebentar untuk menikmati Ice Cendol SS17.

Gerai bergerak Cendol milik Syed Mohammad ini terletak di hadapan stesen Esso & Shell di SS17.


Ketika keadaan panas terik, minuman Cendol & ABC adalah di antara cara popular menghilangkan rasa haus.


Gerai bergerak ini juga menyediakan Rojak Mamak untuk dinikmati bersama Cendol yang mempunyai keistimewaan tersendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...