Wednesday, December 30, 2009

Burger Sham @ SS17


Sham Burger SS17 Subang Jaya terletak bersebelahan Esso SS17, Subang Jaya.

Ia berbentuk gerai bergerak yang bersedia menunggu pelanggan khususnya pada sebelah malam.


Bagi mereka yang memerlukan makanan pada sebelah malam, anda jenguklah Gerai Sham ini yang menyediakan Burger dan Hot Dog.

Ikeafood @ Damansara



IKEAFOOD di Damansara menawarkan menu menarik dengan bertemakan “Taste of Sweden”. Restorannya menawarkan pelbagai jenis juadah menarik negara Scandinavian itu dengan harga yang agak berpatutan.
Sekiranya anda mahu cuba merasa kelainan apa kata mengunjungi IKEA di Lembah Klang di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya.
Di samping membelibelah barangan rumah yang ditawarkan 
di IKEA cubalah makanan yang disediakan di food courtnya.
Antara menu yang ditawarkan termasuk Herb Grilled Salmon, Swedish Meatballs with fries (RM8.90 for 10+2pcs), The fish and chips at RM8 90, The famous Daim cake (RM4.90), Open face Shrimp Sandwich (RM5.90), soft drinks at Rm1.50, coffee/tea at RM3.

Tuesday, December 29, 2009

Nasi Lemak @Gloria Jean's Coffee



Sekirnya anda ke kompleks membeli-belah di negara ini pelbagai restoran tersedia khususnya untuk sekadar meminum kopi. Franchise seperti Coffee Bean, Starbucks, St. Franciso Coffee,
Uncle Lim dan pelbagai jenis Kopitiam lain.
Tetapi kalau anda mahu menukar selera untuk memakan nasi lemak untuk sarapan apa kata mencuba nasi lemak di Gloria Jean's Coffee.


Apa yang membezakannya dengan tempat lain ialah suasana santai di restoran itu di samping memakan nasi lemak beradunkan pelbagai jenis kopi di Restoran itu.



Anda juga boleh mendapatkan hidangan lain sekiranya mahu seperti pelbagai jenis pie dan juga cake yang juga sesuai untuk minum teh/kopi petang.

Tuesday, December 22, 2009

Sari Ratu @ Subang Parade.




Restoran Sari Ratu yang menawarkan makanan nasi padang asli kini boleh ditemui di Subang Parade.

Restoran yang beribupejabat di Jakarta itu kini melebarkan jaringan restorannya menjadi 20 buah cawangan di Lembah Klang. Restoran itu boleh dikunjungi di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang; Ampang Water Front, Taman Kosas, Ampang; Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya dan Kota Damansara.

Restoran Seri Ratu di Subang Parade adalah cawangan paling terbaru di Lembah Klang.

Restoran Sari Ratu mula dibuka di Malaysia pada Julai 2001 dan telahpun mempunyai 15 cawangan di Jakarta, Indonesia.
*Lihat juga blog sebelum ini mengenai - Gulai Otak Lembu & Belut Goreng.

Sunday, December 20, 2009

Tip-Top @ JB




Restoran Tip-Top terletak di Tepian Tebrau di belakang Straits View Hotel iaitu tidak jauh dari Dataran Bandaraya J.Bahru.

Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan tetap yang menggemari menu khas restoran ini - iaitu Ikan Bakar. Di samping itu turut ditawarkan pelbagai jenis makanan seafood seperti udang, ketam, kupang dan pelbagai lagi. Anda juga boleh mencuba sotong bakar serta sotong kangkungnya.


Ketika di sini cuba juga minuman AMC, Cendol, Ais Jelly dan banyak lagi.

Wednesday, December 16, 2009

Tony Roma @Midvalley




Restoran Tony Roma’s terkenal dengan kelazatan ‘Steak"nya. Restoran antarabangsa ini mempunyai lebih 260 lokasi di 32 buah negara.


Bagi pelanggan yang mahu mencuba restoran ini, cubalah keenakan pelbagai jenis Steak yang tersedia.

Bagi penggemar burger, anda juga boleh mencuba Roma Burger. Dengan campuran keju cedar, hirisan tomato, bawang merah , salad dan jeruk. Harganya juga agak berpatutan.
Pelanggan juga boleh mencuba pilihan Grilled Chicken, Chicken Tenders ataupun ikan Salmon.
Bagi mereka yang gemarkan makanan vegetarian, cubalah pelbagai jenis salad yang tersedia dengan adunan dengan pelbagai dressingnya.
Layari laman web restoran ini di www.tonyromas.com

Thursday, December 10, 2009

Laksa Shack



Laksa Shack mula dibuka pada tahun 2003 dengan cawangan pertamanya terletak di pusat membeli-belah 1 Utama. Kini Laksa Shack sudah mempunyai lebih 25 cawangan di seluruh negara.

Laksa Shack menawarkan 7 jenis laksa dari pelbagai negeri. Laksa Shack sentiasa menjalankan R&D dari masa ke semasa bagi memastikan laksanya sentiasa menepati citarasa pelanggan.

Hidangan yang paling popular adalah Laksa Assam dan juga Laksa Johor. Nasi Berdulang juga adalah antara tarikan utama di Laksa Shack. Sesuai untuk dimakan sekeluarga, sememangnya hidangan ini jarang diperolehi di mana-mana restoran.

[ls-07.jpg]
Untuk maklumat lanjut layari www.laksashack.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...