Saturday, January 23, 2010

Pasar Filipina @ KK


Pasar Filipina terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan 
Hotel Le Meridian.Ia merupakan satu tempat yang cukup 
terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu.
Pelbgai cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci,
T-shirt, ukiran kayu, kraftangan lain turut dijual. Bahan hiasan 
Mutiara adalah antara bahan paling popular di kalangan pengunjung.

Apa yang menariknya ialah pada sebelah petang, kawasan itu 
berubah suasana apabila berpuluh-puluh gerai menjual 
kerperluan dapur harian, sayur-sayuran serta bekalan ikan.
Di samping menerima kunjungan para pelancong , pasar petang/malam 
ini menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi mendapatkan 
bekalan bahan makanan seharian mereka dengan harga yang lebih murah.
Pelbagai jenis ikan, udang ketam dan hasil laut lain 
yang segar boleh diperolehi hasil tangkapan nelayan 
sekeliling pulau-pulau berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...