Friday, June 4, 2010

Belanga Cafe @ Empire Gallery


Restoran ini menawarkan pelbagai masakan Kelantan seperti nasi dagang, nasi kerabu dan nasi tumpang.
Pelanggan yang menikmati hidangan di kafe yang juga dikenali sebagai Potpouri of Malay Cuisine pasti dapat merasakan keselesaan sambil menikmati makanan yang enak.Belanga Cafe memperkenalkan pelbagai menu yang akan menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan set sarapan terdiri daripada roti bakar dan telur ayam kampung separuh masak.

Menu baru yang tersedia termasuk laksa masak pedas, spageti yang dimakan bersama kuah santan pedas dengan rencah udang, sup soto bebola ayam yang dibuat sendiri dan dimakan bersama sup tradisional.
Belanga Cafe pernah memenangi anugerah emas bagi kategori F&B Hospitality Interior oleh Persatuan Pereka Dalaman Malaysia (MSID).

1 comment:

  1. camne dgn makanan kat sana? 28hb ni saya ada majlis buka puasa di Belanga The Gardens. saya nak tau review dari orang yg pernah cuba pulak sebab saya dah tau feedback dari Belanga.

    Thx =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...