Monday, August 16, 2010

Tanah Abang @ Jakarta

Pusat Groser Metro Tanah Abang di Jakarta terkenal kerana menyediakan pelbagai jenis pakaian dengan harga borong. Dahulunya ia adalah sebuah pasar haiwan seperti kambing dan ayam- akhirnya bertukar menjadi satu destinasi berbelanja terkenal di Indonesia.

Tekstil serta kain ela dan pakaian berfesyen adalah antara yang popular di sini. Untuk mendapatkan harga borong pembeli harus membeli sekurang-kurangnya 3 helai.

Komplek Tanah Abang mempunyai 10 tingkat kesemuanya termasuk satu tingkat hanya untuk medan selera bagi kemudahan pembeli dan peniaga. Surau juga disediakan di tingkat paling atas.

Apa yang anda inginkan semuanya ada di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...