Tuesday, January 26, 2010

Chocolate @ The Curve, Damansara


Sekiranya anda mahu menukar selera pada waktu minum teh petang, apa kata anda mencuba
Cafe Chocolate Lounge di The Curve, Damansara.

Pelbagai hidangan makanan ringan dan kek tersedia untuk menjamu selera anda.
Pelbagai jenis chocolate juga boleh dipesan di Cafe ini.

Apa yang menariknya, cafe ini menyediakan suasana tenang di persekitaran sambil menikmati minuman dan makanan yang tersedia.

Thursday, January 21, 2010

Bubur Nasi @ Taman Sentosa, JB


Sekiraanya anda ke JB, jangan lupa singgah ke Taman Sentosa,
untuk mencuba Bubur Nasi istimewanya.
Singgahlah ke Gerai No.1 Jalan Sutera, Taman Sentosa - yang menghidangkan Nasi Bubur yang cukup istimewa.
Nasi Bubur yang dihidangkan begitu mudah.
Ia hanya berlauk kangkung goreng, telur, lobak asin, ikan bilis goreng cili.
Tidak menghairankan gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan
hampir setiap malam hingga larut malam.
Sekiranya anda tidak meminati Bubur Nasi, Anda boleh mencuba
pelbagai hidangan dari gerai-gerai bersebelahan yang menawarkan menus ikan bakar, satay, anika mee dan pelbagai hidangan lain.
.
SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, January 19, 2010

Selera Idaman @ Damansara



Menurut ensiklopedia wikipedia.org perkataan tom yum (bahasa Thai: ต้มยำ, IPA: [tôm jām], juga terkadang disebut tom yam atau dom yam) adalah sup yang berasal dari Thailand. Sup ini merupakan salah satu makanan Thailand yang terkenal. Tom yum biasanya dibuat dengan udang (tom yum goong), ayam (tom yum gai), ikan (tom yum pla), atau makanan laut yang dicampur (tom yum talay atau tom yum po taek) dan jamur.

Masakan Tomyam kini telah menjadi antara resipi yang diminati rakyat Malaysia. Restoran Idaman di Mutiara Damansara adalah antara yang begitu popular dengan masakan tomyam bersantannya.

Ia juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan ala-Thailand lain.

Restoran Idaman terletak di sebuah kawasan perumahan di Mutiara Damansara berhampiran dengan pusat membelibelah The Curve.

Anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat berikut.

Sunday, January 17, 2010

Kopitiam-Killiney @ Mid Valley


Pelbagai jenis restoran kopitiam kini berada di pasaran. Sekiranya anda mahu mengubah selera, anda boleh mencuba Kopitiam Killiney di Mid Valley. Ia menawarkan pelbagai jenis roti bakar serta makanan lain yang mampu memenuhi selera anda.

Di samping roti bakar yang menjadi keistimewaan restoran ini khususnya untuk sarapan dan minuman teh petang - turut ditawarkan ialah pelbagai jenis makanan lain. Apa yang menyelerakan pastinya ialah Mee Rebus yang mempunyai rasa sepertimana Mee Jawa.

Restoran yang berasal dari Singapura ini boleh dikunjungi di
Killiney Kopitiam
Lot G(E) 011-A

Thursday, January 14, 2010

Nailis @ Taipan, Subang Jaya


Sekiaranya anda bernostalgia pada zaman anda memakan ubi rebus ketika di kampung, dan mahu mengulanginya lagi singgahlah ke Nailis di Taipan, Subang Jaya.

Restoran yang mempunyai ciri tersendiri ini tersedia menghidangkan ubi rebus bercecahkan kelapa manis ataupun sambal tumis.

Di samping itu hidangan makanan lain turut tersedia seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Mee Hoon Goreng, Kuetiau Goreng dan pelbagai menu hidangan enak lain.

Apa yang istimewanya dengan Nailis ialah ia menggunakan dekor yang bercirikan ala kampung dengan persekitaran suasana yang nyaman dan tenang.

Di samping Restoran di USJ ini, anda juga boleh mengunjunginya di Sentul, Ampang Point dan Damansara Uptown.
Untuk maklumat lanjut layari www.nailisplace.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...