Saturday, February 27, 2010

Nasi Padang @ Kota Kinabalu


Sekiranya anda ke Kota Kinabalu, Sabah dan mengidamkan makanan Minang apa kata anda mencubanya di Restoran Nasi Padang Ibu. Restoran ini terletak d Jesselton Point yang letaknya berhampiran Wisma Sabah dan Hyatt Regency Kota Kinabalu.

Restoran Nasi Padang Ibu menawarkan Masakan Minang asli dengan tawaran pelbagai lauk pauk yang pastinya menaikkan selera makan anda.


Kawasan persekitaran yang indah yang terletak di terminal feri ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug Mamutik dan Manukan menjadikan pandangan persekitaran dari restoran ini bertambah istimewa.

Di kawasan persekitaran Jesselton Point ini, pelbagai kemudahan bagi para pengunjung disediakan seperti restoran dan kedai cendermata.

* Lihat juga blog mengenai Jesselton Point.

Friday, February 26, 2010

Restoran Singgah Selalu @ JB

Restoran Singgah Selalu di Johor Bahru menawarkan pelbagai citarasa makanan. Hidangan makanannya di waktu makan tengahari dan malam memang menyelerakan.

Restoran ini terletak berhadapan dengan kawasan pelancongan Danga Bay. Ia menawarkan pelbagai jenis makanan dan beroperasi selama 24 jam. Tempat meletak kereta juga sentiasa tersedia dan memudahkan para pengunjung.

Anda boleh memilih untuk makan di luar ataupun memilih untuk makan di tempat berhawa dingin.

Sunday, February 21, 2010

Secret Recipe


Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dan barat dan mempunyai persekitaran suasana yang tenang dan aman.
Apa yang menarikanya Secret Recipe menawarkan adunan pelbagai jenis makanan tempatan dan barat daripada nasi, ke spaghetti dan lagsania.

Pelbagai jenis kek pemanis mulut menanti pelanggan khususnya untuk menjamu
selera ketika waktu minum teh petang.

Restoran ini kini boleh ditemui di seluruh negara khususnya di kompleks membeli-belah utama.

Friday, February 19, 2010

Kopitiam - Kluang Station


Kopitiam Kluang Station adalah di antara Kopitiam yang mula menempa nama khususnya di bandar-bandar besar di negara ini.
Sepertimana Kopitiam lain, Kluang Statiom mempunyai 7 cawangan di Lembah Klang, satu di Melaka dan sebuah lagi di Kuching.
Ia menawarkan pelbagai jenis makanan termasuk roti bakar, nasi lemak serta pelbagai jenis mee.

Ia memulakan operasi sejak tahun 1938 lagi dan kini dikendalikan oleh generasi ketiga keluarga Lim. Kini cucu kepada pengasasnya Mr. JJ Phun mengembangkan sayap kopitiam ini ke seluruh negara.


Cawangan pertama dibuka di Pusat Membelibelah One Utama pada Oktober 2005.
Untuk maklumat lanjut layari laman web ini : http://kluangstation.com

Tuesday, February 16, 2010

Nasi Bojari di NYONYA


Kalau anda berada di Subang Parade dan mahukan jenis makanan yang ringkas apa kata anda ke Restoran Nyonya.

Restoran ini menghidangakan pelbagai masakan ringkas seperti mee goreng, keutiau goreng, nasi lemak, nasi bojari dan banyak lagi.

Keistimewaan pastinya ialah Nasi Bojari kerana ia mengadunkan pelbagai lauk seperti goreng ayam dan sambal tumis.

Anda juga boleh merasakan nikmat Roti jala berlaukkan kari Ayam.
Keistimewaan restoran ini ialah harga yang ditawarkan adalah lebih murah dibandingkan dengan tawaran harga pelbagai restoran yang terdapat di Subang Parade.

Tuesday, February 9, 2010

Restoran Syed @ Bangsar

Masakan restoran mamak memang begitu popular khususnya di kawasan bandar-bandar besar.
Keistimewaan restoran mamak ini ialah perkhidmatannya yang cepat dan pantas di samping kepelbagaian menu yang disediakan.

Di antara restoran mamak yang menyerlah di lembah Kelang, pastinya Restoran Syed. Restoran ini lazimnya terdapat di beberapa tempat di Lembah Klang.


Jenis makanan yang ditawarkan juga boleh dikategorikan sedap dengan harga tawaran yang agak berpatutan.

Menu istimewa Restoran Syed ini pastinya Nasi Bukhari.
Nasi yang berlaukkan Ayam yang dimasak berserta nasi ini agak berbeza dengan rasa Nasi Briyani atau Nasi Minyak.

Apa kata jikalau anda singgah ke Restoran Syed untuk mencubanya.
Anda juga boleh merasai nasi Campur yang menawarkan pelbagai lauk pauk yang juga dikategorikan sedap.


Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...