Friday, April 30, 2010

Ikan Bakar @ Jalan Belammy


Jika Anda inginkan perubahan selera, apa kata berkunjung ke Jalan Bellamy - belakang Istana Negara. Di sini terdapat gerai-gerai khas yang menawarkan pelbgai jenis ikan bakar di tengah-tengah pusat bandar di ibu negara.

Tempat ini sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung khususnya pada waktu tengahari. Mencari tempat meletak kereta merupakan satu cabaran buat pengunjung ke sini.

Apa yang ditawarkan ialah pelbagai jenis ikan bakar mengikut selera anda dengan tawaran harga yang berpatutan.

Gerai-gerai ikan bakar mula beropersi sejak awal tahun 80an.Ia dibangunkan pada tahun 1984 dengan pembinaan gerai yang lebih sempurna sepertimana yang ada sekarang.

Masa terbaik untuk menjamu selera di sini ialah untuk makan tengahari dan terbaiknya daripada jam 11 pagi.

Orangramai juga boleh mengunjungi tempat untuk menjamu selera pada sebelah malam.

Bagi mereka yang mahu ke tempat ini.

Alamatnya adalah sebagaimana berikut.

Jalan Bellamy,

Bukit Petaling, 50480, Kuala Lumpur.

Wednesday, April 28, 2010

Mee Bandung Udang @ MidValley

Mee Bandung memang popular dan boleh didapati dikebanyakkan gerai. Pastinya yang paling popular ialah Mee Bandung Muar. Sekiranya anda secara kebetulan berada di Mid Valley di ibunegara, apa kata mencuba Mee Bandung Udang di Restoran Belanga.


Sekiranya anda secara kebetulan berada di Mid Valley di ibunegara,
apa kata mencuba Mee Bandung Udang di Restoran Belanga.

Mee bandungnya istimewa sedikit kerana ia disertakan 5 ekor Udang.Nama Mee Bandungnya juga ialah Mee Bandung Udang. Hidangannya agak banyak dengan mangkuk yang agak besar. Anda boleh berkongsi 2 orang untuk menghabiskannya. Harganya agak tinggi sedikit iaitu RM13.90 sepinggan.

Restoran ini juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan khususnya dari Kelantan.
Pengunjung juga boleh mencuba Nasi Ayam Berempah serta Nasi Berlauk Ayam Percik.


Anda juga boleh mencuba pencuci mulutnya iaitu Lompat Tikam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...