Saturday, August 28, 2010

Promosi Raya 2010 @One Utama

Ruang bujur (oval) di Pusat beli-belah One Utama kini berubah wajah. Hiasan istimewa di persekitaran gerai-gerai yang tersedia memberi gambaran seolah-olah para pengunjung berada di kawasan desa dengan hamparan sawah padi yang terbentang indah

.

Hiasan sebegini sudah cukup untuk menggambarkan kemeriahan sambutan Hari Raya yang akan menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Sepanjang ruang bujur itu, didirikan gerai-gerai mudah alih yang dihias indah. Setiap gerai menawarkan pelbagai barang sempena perayaan yang bakal disambut bebeapa hari lagi. Daripada kuih-muih tradisional sehingga barangan khas lain diperagakan secara rapi untuk menarik perhatian para pengunjung.

Lazimnya setiap perayaan utama di negara ini, pusat beli-belah di seluruh negara akan mengadakan bazar istimewa diikuti persembahan kebudayaan untuk mempromosi lokasi beli-belah masing-masing.

Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan muzik tradisional di smping boleh menikmati dekorasi indah di kawasan persekitaran.

Wednesday, August 25, 2010

Promosi Raya 2010 @Empire Gallery


Bagi kompleks membelibelah Empire di Subang Parade, promosi
kali ini adalah yang pertama diadakan kerana ia baru sahaja dibuka.
Pelbagai jenis promosi pakaian, kuih muih serta
perlengkapan bungkusan tersedia bagi para pengunjung.
Promosi pakaian hari raya menjadi tumpuan pengunjung.
Tidak kurang pentingnya bagi pengunjung ialah meninjau tawaran
kuih raya yang pelbagai bentuk, rupa dan rasa.
Selamat berkunjung.

Bazar Ramadan 2010 @ Bangsar.

Bulan Ramadan mulia ini turut juga melimpahkan rezeki kepada mereka yang giat berusaha.
Bazar Ramadan di Bangsar Baru bersebelahan Jolly Green Giant adalah antara pasar Ramadan yang terus menawarkan kepelbagaian jenis makanan berbuka.
Sepertimana di tempat lain, Bazar Ramadan di Bangsar baru ini terus menjadi tumpuan para pengunjungnya.
Bagi peniaga kecil, bulan mulia ini memberikan mereka ruang untuk memperagakan juadah makanan untuk berbuka puasa di samping mencari rezeki sebagai pesediaan menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba.

Monday, August 23, 2010

Busana Muslim 2010 @ Pavilion


Sempena menyambut kehadiran Aidilfitri, pusat membelibelah menyediakan
pelbagai program menarik untuk mengamit kunjungan pengunjungnya.
Concourse kompleks membelibelah Pavilion menjadi tumpuan pengunjung
yang turut menyediakan pelbagai aktiviti bersempena Ramadan & Aidilfitri.
Antara program yang disediakan ialah pertunjukan
Busana Muslim hasil kerjatangan pereka tempatan.
Anika jenis kuih raya berserta dengan bungkusan khas turut tersedia bagi mereka
yang mahu memberi cenderamata sempena Hari Raya yang menjelang tiba.

Friday, August 20, 2010

Bazar Ramadan 2010 @ Subang Jaya


Sempena Bulan Puasa yang mulia ini, Bazar Ramadan tersedia
di mana-mana bagi mereka yang memerlukannya.

Subang Jaya di SS18 juga tidak banyak bezanya dengan Bazar Ramadan lain
yang turut menawarkan pelbagai hidangan
juadah istimewa buat pengunjungnya.

Pelbagai jenis makanan, kuih muih dan minuman bersusun rapi
di sepanjang gerai yang disediakan khas oleh MPSJ.
bagi mereka yang malas memasak untuk persediaan berbuka.


Para pengunjung Bazar Ramadanini bukan hanya terdiri daripada
orang Islam malah pendudukpelbagai kaum yang turut
sama memeriahkan suasana membelibelah di sini.

Para penjaja menggunakan kepakaran masing-masing untuk menarik
minat pengunjung untuk singgah dan membeli juadah yang disediakan.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Selamat menjalankan ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...