Thursday, December 30, 2010

Dim Sum Halal @ Restoran Cina Muslim

Masakan Dim Sum berasal dari masyarakat Kantonis di China Selatan.
Dim sum juga
antara makanan masyarakat Islam di kawasan Kun Ming, China.

Hidangannya yang pellbagai termasuk daging, makanan laut dan sayur itu ringkas tetapi mengenyangkan.

Sehubungan itu, sebagai satu kelainan dan pembaharuan dalam industri makanan,
Restoran Makanan China Muslim Mohd Chan Abdullah di Kelana Jaya memperkenalkan menu dim sum halal.


Restoran itu turut menyediakan pelbagai menu masakan China yang
selama ini tidak dapat dirasai kerana status Tidak Halalnya.
Restoran ini terletak berhadapan dengan Restoran Nasi Lemak Cikgu @ Klana & Ikan Bakar Fend.

Monday, December 27, 2010

Tomyam & SeaFood @ Vicchuda

Bagi mereka yang gemarkan makanan Ala-Thai,
Restoran Vicchuda di Kota Damansara adalah tempat yang boleh dituju.
Restorn Ala-Thai ini turut menyediakan menu masakan Melayu lain.


Makanan istimewanya ialah bawal masam manis , udang petai, kerabu sotong. Menu lain ialah kankung belacan, ayam paprik, nasi goreng,
nasi pattaya serta pelbagai jenis nasi goreng lain.


Restoran Vicchuda boleh dikunjungi di alamat berikut.
22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway,


Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya.



Friday, December 24, 2010

Hop On Hop Off di London


Sekiranya Anda berkunjung ke London dan kesuntukan masa, antara langkah terbaik ialah menggunakan perkhidmatan bas "Hop On Hop Off" yang tersedia. Ia lebih bersesuaian sekiranya anda bersama keluarga khususnya bersama anak-anak.
Perkhidmatan bas ini menyediakan kakitangan yang memberi
penjelasan mengenai tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan yang dilalui.
Antara tempat yang menarik yang dilalui dan boleh disinggahi pastinya
Buckingham Palace, Westminster Abbey, Big Ben, Trafalgar Square,
Tower of London, British Museum, Hyde Park, dan membeli-belah di West End.
Anda juga boleh berkunjung ke London Central Mosque, 10 Downing Street (pejabat perdana menteri), Science Museum dan menaikki boat di Sungai Thames.
Oxford Street dan Bond Street adalah tempat untuk berbelanja dan membeli
cenderahati untuk dibawa pulang. Bagi mereka yang mahukan barang-barang
berjenama mewah pula boleh mengunjungi Bond Street.
Selamat Berkunjung.

Tuesday, December 21, 2010

Ikan Bakar Gerai Pak Lang @ Kg. Baru



Kg. Baru di Ibu Negara adalah antara lokasi yang menawarkan pelbagai
jenis gerai dan restoran makanan. Ia lebih ketara ketika sebelah malam.

Antara tempat menarik yang sesuai untuk anda menjamu selera pastinya 
Gerai Ikan Bakar Pak Lang yang terletak di Jalan Raja Muda Musa.
Ia menawarkan hidangan Nasi Campur dengan jumlah lauk
yang pelbagai daripada pelbagai jenis menu.
Apa yang lebih menarik dan istimewa bagi pengunjung pastinya Ikan Bakar.

Selamat Mencuba.
Alamat
Gerai Pak Lang
Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Saturday, December 18, 2010

Jom ke Zoo Negara



Sempena musim cuti sekolah ini anatara tempat
menarik untuk dikunjungi ialah Zoo negara.
Kanak-kanak adalah mereka yang paling teruja jika mereka dibawa ke sini.
Suasana Zoo Negara yang kini lebih mesra pengguna bukan sahaja baik untuk menambah ilmu pengetahauan mengenai khazanah haiwan negara malah memberi pengalaman baru kepada golongan kanak-kanak.

Bagi merehatkan minda selepas letih melawat persekitaran Zoo ini, tempat istirehat seperti bangku-bangku santai, restoran serta kedai cenderamata tersedia untuk dikunjungi.

Friday, December 17, 2010

Taman Botani KL



Taman Tasik Perdana (Lake Garden) adalah antara taman
di dalam bandar yang paling popular di ibunegara.
Taman seluas 101.12 hektar ini terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dan dikelilingi tempat menarik seperti Memorial Tun Razak, Planetarium Negara, Muzium Negara, Taman Rama-Rama, Tugu Negara dan Carcosa Seri Negara.

Taman ini melalui beberapa proses penambahbaikan dan pada 30 September tahun lalu Lake Garden dibangunkan sebagai sebuah Taman Botani.
Taman Botani ini kini dipenuhi dengan pelbagai spesies bunga-bungaan, selain mengekalkan karakter taman sedia ada. Ia termasuk spesies pokok-pokok lama yang berusia puluhan dan ratusan tahun seperti Mahogani, Tembusu, Ara dan Pulai.

Taman ini sudah berusia 122 tahun apabila dibina pada 1888 oleh AR Venning
dengan nama asal Lake Garden. Pada 1975, namanya ditukar kepada Taman Tasik Perdana setelah dinaik taraf.

Tuesday, December 14, 2010

Nasi Lemak RA @ Kg. Baru

Sebuah lagi gerai Nasi Lemak yang boleh dikunjungi di ibunegara ialah Nasi Lemak RA, di alamat No. 15, Jalan Abdullah Kg. Baru.
Pastikan anda tidak datang di waktu puncak kerana ia
sentiasa dikunjungi pengunjung setianya.
Anda boleh membuat pilihan kerana Nasi Lemak itu disediakan dengan pelbagai jenis lauk seperti daging, limpa, hati, sotong, telur dan pelbagai lagi.
Gerai ini memang terkenal khususnya kepada pelanggan tetap yang terdiri daripada mereka yang berkerja berhampiran serta mereka yang tinggal di persekitaran Kg. Baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...