Monday, February 28, 2011

Rumah Adat Tongkonan di Tanah Toraja

Bagi mereka yang berkunjung ke Sulawesi Selatan, sekiranya berkelapangan mereka boleh berkunjung ke Tanah Toraja - sebuah destinasi pelancongan yang berterusan menerima kehadarian pelancong dari seluruh dunia.
Untuk ke sana para pengunjung dari Makassar perlu menempuh perjalanan darat sejauh 350 km untuk tiba ke Tanah Toraja.
Antara ciri menarik ketika di Tanah Toraja ialah rumah Tongkonan. Rumah ini dahulunya menjadi pusat pentadbiran, kekuasaan adat, dan perkembangan kehidupan sosial budaya masyarakat Toraja. Rumah ini tidak boleh dimiliki oleh orang perseorangan melainkan turun temurun oleh keluarga atau marga suku Tana Toraja.
Dengan cirinya yang sedemikian, Tongkonan berfungsi antara lain sebagai pusat budaya, pusat pembinaan keluarga serta pembinaan peraturan keluarga.
Tongkonan mempunyai fungsi sosial dan budaya yang bertahap-tahap di kalangan masyarakat. Ia terbagi kepada beberapa jenis seperti tongkonan layuk atau tongkonanpesio'aluk, iaitu tempat menyusun aturan-aturan sosial keagamaan.
Ada juga tongkonan pekaindoran, pekamberan, atau kaparengngesan, iaitu tongkonan yang berfungsi sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran adat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...