Saturday, October 22, 2011

Membelibelah di Oxford Street, London


Sekiranya Paris mempunyai Pusat membelibelah Champs-Élysées,
di London, orangramai dan pelancong ke Oxford Street.

Selfridges, Debenhams, Mark & Spencer, Primark dan pelbagai lagi menjadi daya penarik kepada para pelanggan dan pengunjung.

Harga-harga yang ditawarkan juga agak berpatutan jika
dibandingkan dengan harga barangan yang sama di Malaysia.
Ketika musim SALES harga yang ditawarkan mencapai sehingga
3 kali lebih murah dari harga tawaran di Kuala Lumpur.

Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada barangan
berharga murah atau pilihan yang berjenama mahal.

Bagi harga murah, mereka boleh ke Primax yang berhampiran stesen underground Marble Arch.

Bagi yang mahu berbelanja lebih, mereka boleh memilih
toko-toko lain di sepanjang Oxford Street itu.

Oxford Street juga menjadi pusat tumpuan
pelancong kerana sepanjang hari ia sentiasa penuh sesak.
Ia juga adalah lokasi membeli cenderahati untuk dibawa pulang.

Bagi mereka yang mahukan toko-toko berjenama mewah
mereka boleh melencong ke Bond Street yang berhampiran.

Pastikan anda berbelanja berhemah kerana kadar tukaran
setiap 100 British Pound bersamaan dengan hampir RM500.

2 comments:

  1. berapa harga sehelai baju adult tuk kat oxford street eh? yang baju i love london tu. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Sekitar 6 Pounds boleh dapat - dalam RM30.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...