Saturday, November 12, 2011

Tower Bridge @ London

Tower Bridge London adalah di antara destinasi menarik
yang terus menerima pelancong yang mengunjungi kotaraya itu.
Hampir 40 ribu pengguna termasuk pejalan-kaki menggunakan jambatan ini setiap hari.
Perbadanan Kotaraya London mensyaratkan penggunaan had laju 32kpj bagi 
menggunakan jambatan ini bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan terjaga 
dan baik. Kamera litar cctv turut dipasang bagi memastikan pengguna jambatan 
mengikuti arahan had laju yang ditetapkan.

London Bridge seringkali  disalahanggap oleh para pelancong sebagai Tower Bridge. 
Kedua-dua  jambatan ini  sebenarnya adalah 2 jambatan yang berbeda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...