Friday, December 2, 2011

Jom ke Anfield Stadium @ LIverpool



Bagi kaki bola, lawatan ke London tidak berbaloi tanpa ke  Old Trafford - stadium Manchester United, Emirates - stadium Arsenal dan Stamford Bridge - stadium Chelsea - yang  menjadi ikon negara hasil populariti liga bola sepak England.
Bagi peminat Liverpool, tidak lengkap kunjungan ke bandar pelabuhan ini tanpa ke Stadium Anfield, gelanggang kelab terkemuka Liverpool.
 Lawatan  ke bandar ini bermula dengan menaiki kereta api di Stesen Euston, London sebelum tiba di Stesen Lime Street, Liverpool, kira-kira dua jam perjalanan.

Ketika di sana, pastikan anda melihat  kesemua piala 
dimenangi LFC yang pernah ditabalkan Raja Bola Sepak Eropah.


Pengalaman berada di bilik persalinan pemain ternama 
LFC `The Boot Room’ cukup mengujakan pengunjung.
 
Pakej lawatan berharga 10 pound  juga melakarkan 
sejarah  pembinaan stadium  serta kemudahannya.
 Pengunjung juga berpeluang bergambar di `The Kop End’,
 ruang khas  penonton yang digeruni lawan `The Reds’.

 Cenderahati LFC untuk dibawa pulang boleh didpati di kedai cenderahti yang menjual pelbagai barangan kelab dari kole minuman, tali leher,  baju T dan pelekat kereta LFC.
Peagunjung  juga boleh ke Liverpool ONE - pusat beli-belah bagi mendapatkan cenderahati di kedai LFC  yang  turut menjual pelbagai barangan kelab. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...