Friday, February 25, 2011

Laksa Penang @ Jalan 223, PJ


Medan Selera Jalan 223, di Petaling Jaya adalah tumpuan bagi mereka yang gemar
makan lewat malam melepasi 12 malam. Di samping nasi lemak yang begitu popular di sini antara makanan sedap lain ialah Laksa Penang.
Apabila memesan Laksa pastikan yang dipesan Laksa Penang. Ini kerana
di lokasi berkenaan terdapat satu lagi penjual Laksa iaitu Laksa Utara.
Gerai Laksa Penang telah berada di lokasi itu sejak kawasan itu dibuka dan ia lebih popular. Satu lagi Laksa ialah Gerai Laksa Utara, turut menyediakan Laksa yang sedap.
Apa yang istimewanya Laksa Penang di sini ialah kuahnya
yang agak kental, pekat dan pastinya memikat pelanggannya.
Laksa Penang kini telah menjadi menu makanan rakyat Malaysia tanpa
mengira sempadan kaum. Pelbagai bangsa menggemarinya.

Gerai Laksa Penang ini terletak di Medan Selera Jalan 223
di belakang Kah Bintang Hyundai Showroom di Jln 222, Petaling Jaya.



Wednesday, February 23, 2011

Kopitiam Uncle K @ Taman Tun

Pelbagai jenis Kopitiam kini boleh ditemui di seluruh negara. Sebuah lagi Kopitiam yang menemui pelanggannya ialah Uncle K Kopitiam.

Apa yang istimewa dan membezakannya dengan Kopitiam lain ialah ia mempunyai menu yang pelbagai.

Ia menawarkan pelbagai jenis makanan Melayu, Barat, Itali serta Roti Nan.

Sekiranya Anda meneliti menunya, ada berpuluh-puluh jenis hidangan yang boleh dipesan.

Kopitiam Uncle K di dalam gambar ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Friday, February 18, 2011

Kellie's Castle


Bangunan Kellie's Castle ini dibina pada tahun 1910 oleh seorang
peladang getah British bernama William Kellie Smith.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal
dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia.
Ia juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu.
Akhbar London Financer pada 15 September 1911 menyifatkan Kellie's Castle sebagai bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul
di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan itu dibawa khas dari Madras.
Kellie's Castle pernah menjadi lokasi penggambaran drama dan filem.
Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt.
* Untuk ke sana, sekiranya Anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Tuesday, February 15, 2011

Ayam Bakar Wong Solo @ Kg.Baru


Ketika menerbitkan program mengenai usahawan di TV3 , pada akhir 90an, saya ada membuat liputan mengenai Restoran Wong Solo di Medan, Sumatra. Restoran ini milik Pak Puspo Wardoo memulakan perniagaan Ayam bakarnya di Solo.
Restoran in i memang istimewa, kerana ia memberi tumpuan kepada hidangan bakar sama ada ayam, daging mahupun ikan.

Kini restoran ini telah membuka cawangananya di Kuala Lumpur pula.

Ia boleh dikunjungi atas nama Restoran Ayam Bakar Wong Solo Sdn Bhd.
No.57, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. (Berhadapan Masjid Kg. Baru).

Saturday, February 12, 2011

Pasar Pinrang @ Sulawesi Selatan


Ketika berkunjung ke Singkang Sulawesi Selatan tidak lama dulu, saya
singgah sebentar di Pasar Pinrang ketika dalam perjalanan dari Makassar.
Saya berkesempatan mengambil beberapa keping gamabar yang
menggambarkan keistimewaan Pasar Pinrang dan penghuninya.
Sifat ramah mesra Orang-orang Bugis sentiasa terpancar ketika berbual-bual
dengan mereka walaupun waktu tidak mengizinkan untuk berbicara lama.
Jika diperhatikan secara rambang, umumnya jurujual di pasar ini terdiri daripada kalangan wanita seperti di Pasar Siti Khadijah di Kota Baru, Kelantan.

Tuesday, February 8, 2011

Hayaki Kopitiam @ Kota Baru


Sekiranya anda ke Kota Baru dan mencari kopitiam untuk bersantai,
apa kata anda singgah ke Hayaki Kopitiam di Kota Baru.
Kopitiam ini terletak di persimpangan Jalan Kebun Sultan dan Jalan Dato' Perdana.

Di samping minum kopi sepertimana di kopitiam lain, anda juga boleh
melayari internet kerana Kopitiam ini menyediakan Wifi percuma.
Apa yang menjadi keistimewaan Kopitiam ini ialah di samping roti bakar
dan hidangan minuman ia turut menyediakan pelbagai jenis makanan lain.
Anda juga boleh memesan Nasi Dagang dan makanan tempatan lain di sini.

Saturday, February 5, 2011

Cendol, Buah Berangan & Kacang Rebus @ Penang Road


Penang Road memang begitu popular khususnya bagi
penduduk setempat serta para pengunjung ke Pulau Pinang.

Setelah letih membelibelah di sepanjang jalan, pasti ada yang merasa haus.
Cendol Pulut pastinya menjadi tarikan utama untuk menghilangkan dahaga.

Sekiranya tidak merasa dahaga mungkin ada yang mahu membeli
buah berangan sama ada untuk dimakan atau untuk dibawa pulang. .
Tidak lupa juga kacang rebus pelbagai jenis tersedia bagi mereka yang meminatinya.

Itulah keistimewaan Penang Road di Pulau Pinang. Penjual tiga serangkai ini berhimpun di lokasi sama menghasilkan identiti tersendiri bagi para pengunjung Penang Road.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...