Monday, May 30, 2011

Nasi Ambeng Warung Ibu @ Tanjung Karang


Warung Ibu terletak di Batu 6, Kg. Sungai Gulang-Gulang, 45500, Tanjung Karang, Selangor.
Ia terletak kira-kira 12 minit dari bandar Kuala Selangor.
Antara menu utama restoran ini ialah Nasi Ambeng, Soto dan Lauk Pauk Kampung.
Ia turut menawarkan pakage HomeStay dengan tawaran 'Bilik Asam Boi', 'Bilik Soto' dan 'Bilik Ambeng' dengan kos RM50 semalam untuk sebilik.
Menurut Wikipedia, Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauknya berbentuk perkedel, ikan asin goreng, tempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam.

Nasi Ambeng juga popular di Malaysia, terutama di kalangan orang Jawa. Ia juga dikenal dengan nama nasi ambang. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kicap, mee goreng, dan sambal goreng.

Saturday, May 28, 2011

Tropical Spice Garden @ Pulau Pinang





Kira-kira 500 spesies tumbuhan tropika termasuk herba, rempah-ratus, ulam-ulaman dan bunga-bungaan boleh ditemui di taman seluas 3.2 hektar ini.

Para pengunjung juga dapat menghirup aroma rempah ratus di taman ini.


Taman ini juga menyediakan perkhidmatan terapi berkesan bagi memulihkan tenaga dan minda pengunjung.

Pada waktu tertentu, pengunjung juga berpeluang mengikuti bengkel masakan menggunakan resepi ramuan rempah-ratus yang diperoleh di taman ini.
Taman yang dibuka pada 27 November 2003 ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Thursday, May 26, 2011

Cendol Klang

Cendol Klang memang popular bagi penduduk Klang dan persekitarnnya sejak 1972 lagi.

Sekirnya anda ke sana anda boleh perhatikan para peminat Cendol Klang berbaris panjang untuk menikmatinya.

Restoran ini yang terletak berhampiran Masjid Bandar Diraja Klang boleh dikunjungi di alamat

78, Jalan Nanas, 41400 Klang, Selangor.

Di samping cendol, para pengunjung juga boleh menjamu selera dengan rojak istimewa restoran ini.

Pemilik Cendol Klang memulakan usahnya menggunakan motosikal di Jalan Nanas.
Oleh kerana begitu popular, dia berpindah ke bangunan yang sedia ada pada tahun 2000.

Tuesday, May 24, 2011

Nasi Kerabu Wau Penyu @ Solaris Dutamas


Gabungan masakan Kelantan dan Terengganu menjadi menu utama Restoran Wau Penyu yang terletak di Solaris Dutamas berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Anda tidak perlu ke Pantai Timur untuk menikmati hidangan Nasi Dagang atau Nasi Kerabu yang enak kerana segala-galanya tersedia di Wau Penyu.
Keaslian hidangan Nasi Kerabu & makanan pantai timur lain kekal keasliannya di restoran ini.
Antara menu yang disediakan ialah asam laksa, laksam, murtabak diraja, nasi dagang istana dan nasi tumpang. Sajian yang mempersona itu pasti membuka selera para pelanggan.
Restoran ini boleh dikunjungi di:
A3-G1-03, No1, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas, 50480, Kuala Lumpur.
&
Waktu perniagaan ialah: 8 pagi hingga 12 pagi.
Anda juga boleh melayari laman web berikut:

Sunday, May 22, 2011

Bangi Kopitiam @Bangi


Pada masa ini restoran berteraskan kopitiam tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Antara kopitiam popular yang boleh dikunjungi pastinya Bangi Kopitiam milik perkongsian Kid dari kumpulan Search dan rakan-rakannya.
Beliau mengusahakan Bangi Kopitiam di Bangi, Selangor sejak Oktober 2006.
Antara menu yang tersedia ialah Nasi Lemak, Pulut, Mee, Makanan Ringan, Roti, & pelbagai jenis minuman.
Di samping di Bangi yang terletak di Seksyen 9 berhampiran Pusat Rawatan Islam AnNur & Azzahrah, Bangi Kopitiam juga boleh dikunjungi di Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam, Port Dickson, Sungai Buloh, Rawang, Cheras, Klang, KL, Taman Setiawangsa & Nilai.
Layari laman web ini untuk maklumat lanjut.
Lihat juga blog sebelum ini mengenai Bangi Kopitiam di Port Dickson.

Friday, May 20, 2011

Masjid Bandar Diraja Klang



Masjid Bandar Diraja Klang kini menjadi mercu tanda di Klang apabila ia siap dibina pada 21 Ogos 2009. Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung 1,500 jemaah pada satu-satu masa.


Masjid ini dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena keputeraan baginda yang ke-64.
Masjid ini mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

Masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.


Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam setempat.Tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar.

Kawasan sekitar masjid juga kini dibangunkan secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa yang sedia ada.
Kawasan komersil dan ruang perniagaan juga tersedia untuk para peniaga Islam di sekeliling kawasan masjid ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...