Thursday, June 30, 2011

Jeruk @ Penang Road


Antara ole-ole yang pastinya dibawa pulang bagi mereka yang mengunjungi Pulau Pinang ialah Jeruk.

Pelbagai jenis jeruk boleh dibeli di Pasar Chowrasta yang terletak di Penang Road. Pastinya yang paling popular ialah jeruk buah pala.
Antara jeruk lain yang ada yang boleh dipilih ialah jeruk kundang, jeruk kedondong, jeruk kelubi, jeruk mangga Penang dan buah salak.
Harga sekilo ialah sekitar RM8 sekilo hingga RM12.
Senarai Harga utk 1 KG.
Jeruk Pala-RM 8.00, Mangga-RM9.00, Salak-RM10.00, Kedondong-RM8.00, Kelubi-RM12.00, Anggur(bermusim)-RM12.00, Cherry-RM8.00, Jambu-RM8.00, Sengkuang- RM8.00, Strawberry (bermusim)-RM25.00 dan Cermai (bermusim)-RM12.00.

Pasar Chowrastat terletak di Georgetown.
Chowrasta
adalah bahasa Urdu yang bermaksud "Di antara empat persimpangan jalan" iaitu Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil.


Wednesday, June 29, 2011

Mee Bandung @ Aji-Don Alley


Warung Aji-Don Alley di Plaza Damas adalah antara lokasi gerai makanan yang istimewa dan pelbagai.
Di samping Mee Rebus Baidali, Kway Teow Penang, Popia dan Rojak - Mee Bandung juga antara makanan yang perlu anda cuba.
Rasa Mee Bandung di sini agak berbeda kerana kuahnya sedikit pekat dan dimasak bersama bersama daging, sayur dan telur.
Warung Aji-Don Alley boleh ditemui di alamat berikut:
E-O-16, Block E
Plaza Damas
60, Jalan Sri Hartamas 1,
Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur.

Tuesday, June 28, 2011

Pizza Papa John's @ Sunway Pyramid



Papa John's Pizza adalah antara restoran masakan segera yang baru menembusi pasaran negara.
Pizza yang beribu pejabat di Amerika Syarikat ini mempunyai 3500 cawangan di seluruh dunia.
Antara lokasi Pizza Papa John's ialah di Oasis Boulevard Sunway Pyramid.
Papa John's juga boleh ditemui di Lembah Klang di
Berjaya Time Square, OI Mall Puchong, AEON Bukit Tinggi, AEON Mahkota Cheras,
AEON Taman Equine, Jusco Alpha Angle & AEON di Bandaraya Melaka.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh melayari:

Monday, June 27, 2011

Murtabak Kg. Melayu Majidee @ JB


Kg. Melayu Majidee di J.Bahru mempunyai keistimewaan tersendiri untuk peminat makanan.
Di samping Murtabak RAFI sebuah lagi gerai menawarkan Murtabak Istimewa di kampung itu ialah Murtabak Kg. Melayu.
Gerai Murtabak ini adalah antara beberapa gerai yang boleh ditemui berhadapan Masjid Kg. Melayu Majidee, di Jalan Masjid.
Harga Murtabak berkenaan adalah sepertimana berikut.
Murtabak Daging Special :RM10.50
Murtabak Daging Biasa : RM6.00
Murtabak Ayam Special : RM12.00
Murtbak Ayam Biasa :RM7.50
Anda juga boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan yang lain yang ditawarkan oleh beberapa gerai di situ.

Saturday, June 25, 2011

Singgah Kota Dar es Salam @ Tanzania

Dar es Salaam sebuah bandar terbesar di Tanzania dan menjadi pusat perniagaan utama negara itu. Beberapa hotel baru dibina bagi menarik minat pelancong khususnya yang meminati safari Afrika.
Antara tempat menarik untuk dikunjungi pastinya Zanzibar Fish Market di Stone Town yang terletak di tepi pantai berhampiran Dar es Salaam.
Di lokasi bernama Forodhani Garden, anda boleh membeli ikan segar yang ditangkap pada hari yang sama untuk dimasak sebagai hidangan segera.
Pelbagai jenis cenderhati, hasil daripada laut tersedia untuk pilihan para pengunjung.
Pastikan anda menawar harga yang bersesuaian kerana ada ketikanya mereka mengenakan kadar berlipat ganda kepada pelancong berbanding orang tempatan.

Thursday, June 23, 2011

Mee Bandung Muar Special @ Muar



Ketika di dalam perjalanan dari J.Bahru ke KL dan singgah di Muar, saya tercari-cari gerai yang menawarkan Mee Bandung yang menjadi menu istimewa bandar ini.

Oleh kerana hari minggu, saya hanya berjaya menemui sebuah gerai,
di persimpangan Jalan Meriam & Jalan Sulaiman.

Gerai Terbuka No. 1 menawarkan Mee Bandung Muar Special.
Ia turut menawarkan menu Nasi Ayam Goreng dan Nasi Goreng Kampung.

Selamat mencuba.

Wednesday, June 22, 2011

Kue Westhoff @ Bandung




Sekiranya anda berada di Bandung dan kebetulan membelibelah di Rumah Mode di Jalan Dr. Setiabudhi, , pastikan anda menjenguk Food Courtnya untuk menjamu selera.

Antara gerai yang menarik pastinya Kue Westhoff yang menyediakan pelbagai jenis kueh mueh tempatan dan roti.

Goreng Pisang, antara makanan popular di Malaysia dan Indonesia turut tersedia.
Apa yang menariknya, kue mueh Westhoff ialah susun aturnya di dalam gerai yang tersedia.

Gerai Westhoff kini begitu popular dan boleh ditemui di kebanyakan kompleks membeli-belah di Bandung.
Selamat mencuba.
*Ikuti juga blog sebelum ini mengenai Nasi Liwet @ Rumah Mode.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...