Saturday, July 30, 2011

Bersantai di Pantai Bagan Lalang


Bagan Lalang terletak kira-kira 80km dari Kuala Lumpur dan
merupakan destinasi pantai paling hampir di Lembah Klang.

Walaupun ia tidak sehebat pantai lain seperti Port Dickson,
Langkawi, Redang dan lain-lain, ia terus menjadi tumpuan
warga Lembah Klang y bertumpu di situ khususnya pada
sebelah malam atau hujung minggu.
Ramai keluarga datang ke mari untuk bersantai di tepi pantai,
menikmati makananan laut di restoran berhampiran
dan pulang ke rumah masing-masing selepas itu.

Aktiviti keluarga juga boleh dijalankan di sini, dan ia sering
digunapakai oleh persatuan-persatuan untuk berkumpul dan berkhemah.
Hotel Lima Bintang Golden Palm Tree Resort juga tersedia bagi mereka yang berminat.

Wednesday, July 27, 2011

Nasi Kandar Hameed @ Penang Road



Nasi Kandar Hameed terletak di Penang Road berhadapan Hotel Malaysia.

Restoran ini lebih terkenal dengan supnya yang beroperasi
selepas jam 4.30 petang hingga larut malam.

Nasi kandarnya juga istimewa tersedia untuk makan tengahari dan makan malam.
Jika anda telahpun puas menjamu selera dengan Nasi Kandar di waktu siang,
apa kata pada sebelah malamnya Anda mencuba Sup Hameed.

Lihat blog ini : Mengenai Sup Hameed.

Monday, July 25, 2011

Restoran Killiney @ Shah Alam


Sebuah lagi restoran berteras Kopitiam boleh ditemui di Shah Alam.
Restoran Kiliney ini terletak di Laman Seri Business
Park bersebelahan dengan Ban-J Kway Teow.
Di samping roti bakar yang menjadi keistimewaan restoran ini
khususnya untuk sarapan dan minuman teh petang
- turut ditawarkan ialah pelbagai jenis makanan lain.
Apa yang menyelerakan pastinya ialah Mee
Rebus yang mempunyai rasa sepertimana Mee Jawa.
Restoran yang berasal dari Singapura ini boleh dikunjungi di:
Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40,100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Friday, July 22, 2011

Lumut Waterfront sebelum ke Pangkor


Projek Lumut Waterfront Promenade berjaya menjadi tarikan pelancong
ke bandar itu serta berjaya membantu meningkatkan jumlah pelawat ke Pulau Pangkor.
Projek berharga RM28 juta ringgit itu mengandungi pembangunan
Jetty wing, Marine wing dan Esplanade Wing.
Pastinya tempat menarik untuk dikunjungi ialah Jetty Wing
di mana tersedia restoran dan deretan kedai-kedai cenderahati.
Di situ juga para pengunjung boleh membeli ole-ole untuk dibawa pulang
seperti ikan bilis, ikan masin, belachan dan pelbagai jenis makanan ringan lain.

Wednesday, July 20, 2011

Nasi Lemak Ayam Panas @ Bangsar


Nasi Lemak Ayam Panas terletak bersebelahan Sekolah
Rendah Tamil di Jalan Bangsar berhadapan pejabat akhbar maya malaysiakini.

Ia dibuka mulai jam 6.00 petang hingga tengah malam.
Apa yang istimewananya ialah ayam goreng panas - resipi istimewa gerai ini.

Anda boleh memilih ayam yang digoreng panas untuk memenuhi selera anda.

Gerai ini telah lama berada di kawasan ini dan sebelum ini berpindah berniaga ke bangunan sebelah. Ia kemudiannya kembal di tempat asalnya di lokasi sekarang.

Monday, July 18, 2011

Aneka Sup @ Central Market



Sekiranya anda berada di Pasar Seni Kuala Lumpur, dan memerlukan makanan lebih selesa daripada yang terdapat di luar di Warisan Walk, anda boleh mengunjungi Central Market Food Court.

Pelbagai jenis makanan tersedia termasuk makanan Thai, Nasi Ayam Penyet dan menu makanan lain untuk semua kaum.
Terdapat juga sebuah gerai yang khusus menjual aneka sup.

Pelbagai jenis sup tersedia seperti sup ayam, kambing,daging dan mee hoon sup.


Selamat mencuba.

Saturday, July 16, 2011

Nasi Lemak @ Tol Sungai Besi



Sekiranya Anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala
ke Seremban menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS,
Anda boleh singgah di kawasan rehat selepas Tol Sungai Besi.

Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah gerai
di penghujung deretan gerai yang menjual nasi lemak.

Ada tiga jenis nasi lemak yang ditawarkan.

Nasi Lemak Biasa - RM1.20, Nsi Lemak Sotong & Nasi Lemak Kerang -RM1.80.

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...