Monday, August 29, 2011

Sunday, August 28, 2011

Promosi Raya 2011 @ The Curve, KL


Pusat belibelah The Curve menyediakan promosi hariraya yang agak menarik.
Promosi Raya tahun ini bermula 5 Ogos sehingga 4 September
bertemakan Le Souq iaitu sebuah bazar di negara Timur Tengah.
Beberapa program khas turut diatur untuk para pengunjung.
Hiburan ringan berbentuk persembahan ghazal turut disediakan bagi para
pengunjung yang turut menikmatinya sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Beberapa gerai tersedia bagi memudahkan para pelanggan membuat pilihan.
Pastinya gerai-gerai yang menyediakan kuih muih raya antara yang paling popular.
Lihat jug koleksi Promosi Raya 2011 - The Curve

Saturday, August 27, 2011

Promosi Raya 2011- Gerai Belakang JTR


Setiap tahun gerai di belakang Jalan Tunku Abdul Rahman
menjadi medan bagi membeli barangan khusus untuk hari raya.
Pelbagai jenis pakaian dan barangan dan kuih muih
sebagai persediaan hari raya boleh ditemui di sini.
Tawaran harga yang lebih murah berbanding di kompleks membeli
-belah menjadikan gerai-gerai di belakang Jalan Tunku
Abdul Rahman menjadi pilihan utama para pelanggan.
Pakaian hari raya bagi kaum wanita, pelbagai jenis kelengkapan
tudung, kuih muih, barangan hiasan serta pakaian
kanak-kanak dan dewasa lelaki sentiasa tersedia di sini.
Lihat juga blog sebelum ini - Promosi Raya 2010 -

Friday, August 26, 2011

Promosi Raya 2011 @ Bangsar Village


Bangsar Village sepertimana kompleks belibelah
lain turut mengadakan promosi khas Aidilfitri.
Bertempat di Concourse pusat membelibelah itu tersedia
beberapa gerai menjual kuih muih dan keperluan hari raya.
Pelbagai jenis kuih raya turut tersedia bagi mereka yang mahu membelinya.
Pelbagai jenis kotak hamper juga tersedia rapi untuk mereka yang berhajat
memberikan hadiah sempena perayaan Hari Raya yang menjelang tiba.
Gerai-gerai pakaian khususnya pakaian wanita juga tersedia menunggu pelanggannya.

Thursday, August 25, 2011

Promosi Raya 2011 @ Sunway Pyramid


Sunway Pyramid pada tahun ini turut tidak ketinggalanmeraikan kehadiran Aidilfitri.
Foyer Utama Sunway Pyramid menjadi gelanggang
dengan tempat khas disediakan bagi para pengunjung.
Tempat khusus disediakan untuk memudahkan
para pelanggan membeli-belah barangan Aidilfitri.
Gerai-gerai khas menjual bahan-bahan persediaan hari raya
ditempatkan di Heritage Row di bawah naungan Kraftangan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...