Friday, September 30, 2011

Fish & Co @ One Utama


Sekiranya anda meminati pelbagai hidangan makanan laut
apa kata anda mencuba Restoran Fish & Co di One Utama.
Hidangan pelbagai menu berteras makanan laut ini mempunyai peminatnya
sendiri sekiranya dilihat restoran ini berterusan menerima pelanggannya.
Restoran ini terletak di
LG 350, Lower Ground Floor, Rainforest,
1 Utama Shopping Centre,
No.1, Lebuh Bandar Utama, 47800, Selangor.
Persekitaran serta susunatur restoran yang damai serta hidangan
makanan laut istimewa pastinya mengamit pengunjung ke Restoran ini.
Anda juga boleh melayari : Fish & Co @ KK

Wednesday, September 28, 2011

Mee Bandung Jabar @ Majidee JB


Mee Bandung Jabar yang terkenal di kalangan peminatnya di Johor Bahru

b0leh dikunjungi di deretan gerai Jalan Kemboja, Majidee di J.Bahru.

Pemiliknya Jabbar memulakan gerai di lokasi baru ini sejak 5 tahun lalu. Sebelum ini dia beroperasi di Jalan Bunga Ros, di persimpangan Jalan Antoi.

Lokasi sekarang lebih selesa kerana ia mudah dikenal pasti dengan kemudahan meletak kereta.

Dari traffic light Giant(Extra) dan Honda Sri Sutera, di simpang pertama iaitu Jalan Kemboja belok ke kanan dan kelihatan deretan gerai.

Gerai dibuka dari jam 6 petang hingga ke 12 malam. Tutup pada hari selasa. Antara menu wajib yang boleh dipesan di samping mee bandung ialah pelbagai jenis steak seperti Chicken Chop, lamb chop, dan sirloin steak.

Lihat juga mengenai Majidee Steak di JB di sini.

Monday, September 26, 2011

Mee Kolok Bikers Planet @ Subang Jaya


Pada mulanya saya ingat restoran ini hanya untuk ahli-ahli kelab motosikal berkuasa tinggi.
Telahan itu silap kerana restoran ini terbuka untuk semua khususnya bagi peminat makanan dari Sarawak.

Restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan ini
terletak bersebelahan Restoran PELITA di SS15, Subang Jaya.

Di samping makanan popular Sarawak seperti Mee Kolok & Laksa Sarawak,
restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis menu lain seperti
Nasi Lemak, Nasi Ayam Kampung (Lihat gambar) dan pelbagai jenis gorengan Mee.

Ia turut menawarkan pelbagai jenis minuman istimewa pelbagai perisa.

Selamat mencuba ketika mengunjungi Cafe the Bikers Planet.

Friday, September 23, 2011

Pasar Sayuran Filipina @ KK

Setiap petang Pasar Filipina yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Hotel Le Meridian sentiasa menerima kunjungan penduduk setempat dan para pelancong.
Di samping menyedikan pelbagai jenis bekalan ikan, udang ketam dan hasil laut
yang segar, ia juga menjadi pasar kering sayur-sayuran dan pelbagai keperluan.
Kawasan di sini berubah suasana apabila gerai menjual keperluan dapur
harian, sayur-sayuran serta bekalan ikan memulakan operasinya.

Pasar petang/malam yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dengan harga
yang lebih murah ini turut menerima kunjungan para pelancong ke Kota Kinabalu.

Selamat berkunjung ke Pasar Filipina.

Tuesday, September 20, 2011

Mee Rebus Tulang Baidali @ Plaza Damas


Mee Rebus Baidali memang istimewa bagi para peminatnya.
Bagi mereka yang mahukan Mee rebus dengan adunan tulang, mereka boleh
mendapatkannya pada hari Jumaat & Sabtu di Plaza Damas, Kuala Lumpur.
Mereka boleh mendpatkannya di
Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas
Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur.
Mee Rebus Baidali diusahakan oleh Mohd Nasir Haji Wahid
yang mewarisi resepi istimewa ini daripada datuk dan ayahnya.

Mee Rebus Baidali diasaskan oleh Datuknya pada tahun 1920an dan diteruskan oleh
Haji Wahid yang berniaga di pasar makan sejak tahun 50an sehinggalah tahun 70an.
Nasir berhijrah ke KL pada tahun 1996 dan membuka gerai Mee
Rebus Baidali di Wisma Denmark, Jalan Ampang,
Selepas itu dia ke Sri Hartamas apabila medan selera tersebut ditutup.
Kemudian dia membukanya di Plaza Damas.

Gerai Mee Rebus Baidali beroperasi dari jam 5 petang
ke 10.30 malam setiap hari kecuali hari Ahad.
Lihat juga:

Friday, September 16, 2011

Jom ke Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.


Sekiranya anda mahu berubah angin dan mahu beristirehat tanpa perlu pergi jauh dari Lembah
Klang, antara destinasi yang santai ialah Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut di Lumut.
Hotel 300 bilik itu menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjungnya
termasuk hamparan pantai yang indah serta padang golf bagi para peminatnya.
Di sini anda boleh menikmati keindahan alam persekitaarnya tanpa
perlu menaikki boat menyebrang untuk ke Pulau Pangkor.

Lihat juga laman web hotel ini @

Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...