Monday, October 31, 2011

Lagenda 17 @ Shah Alam


Restoran Lagenda 17 milik bekas pemain bolasepak negara,  Zainal Abidin Hassan boleh dikunjungi di Shah Alam.
Ia terletak di alamat :
No 85, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, Seksyen 13
40100 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Menu istimewa Restoran ini ialah Nasi Ayam Hainanese. 
Namun pelbagai menu lain juga boleh dipesan.
 Mural gambar-gambar kenangan Zainal sewaktu 
zaman gemilang diabadikan di dinding restoran.
Zainal memilih No. 17 kerana banyak signifikannya dengan dirinya.. 
Beliau bermain untuk Selangor pada  masa umur 17 tahun. 
Jersinya ketika mewakili Malaysia jugak adalah nombor 17. 

Sunday, October 30, 2011

Restoran La Rose Du Kashmir@ Champs Elysées, Paris

Masalah utama para pelancong ketika ke luar negara pastinya mencari restoran HALAL.
Bagi mereka yang kebetulan berada di Champs Elysées pusat membelibelah
utama di Paris, mereka boleh singgah di Restoran La Rose Du Kashmir.
Restoran ini menyediakan pelbagai menu halal makanan khas India/Pakistan
seperti Beriani, Tandoori dan & Pelbagai Roti seperti Prata & Nan.
Bagi orang Malaysia, anda perlu mencuba pelbagai jenis
Nasi Beriyani sama ada Ayam, Daging, Udang mahupun Ikan.
Restoran ini boleh dikunjungi di alamat berikut:
Address: 66, avenue des Champs Elysées, 75008 Paris
Phone: 01 42 89 59 28

Friday, October 28, 2011

Masakan Melayu di Kantin Malaysia Hall, London


Sekiranya anda di London dan teringin masakan 
Malaysia, Anda boleh singgah di Malaysia Hall.

Malaysia Hall terletak di 
30-34, Queensborough Terrace
Bayswater, London.

    Kantin di Malaysian Hall ini menyediakan pelbagai 
    juadah dari sarapan pagi sehinggalah ke makan malam.

    Pengunjung dapat menikmati makanan pada harga yang agak berpatutan berbanding dengan restoran lain  di Kota London.
    Kantin di Malaysia Hall adalah disediakan untuk pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia.
    Selamat Berkunjung.

    Thursday, October 27, 2011

    MARKET PLACE @ Subang Parade

    Sekiranya ke Subang Parade, Anda boleh 
    kunjungi sebuah Food Court baru, MARKET PLACE.
    Pelancaran MARKET PLACE disempurnakan pada 18 Oktober lalu.
    Antara gerai tersedia ialah JM Bariani House, 
    Kafe Bawang Merah & Sister's Food and Beverages.
    Gerai lain ialah  Noodle Express, Siam Express, Country 
    Farm Organics dan Rosie's Melaka Snacks and Desserts.
    juga tersedia bagi peminat Pizza & makanan Itali lain.
    Selamat berkunjung.

    Wednesday, October 26, 2011

    Restoran Monrods @ Shah Alam



    Restoran Monrods terletak di kawasan perniagaan baru di Seksyen 13, Shah Alam.
    Ia dibuka di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, bermula
    jam 11 pagi hingga 12 malam. Ia mula beroperasi sejak 8 Februari 2010.

    Restoran ini bersesuaian dengan golongan pekerja pejabat yang mahukan 
    hidangan ringkas, sedap, cepat dan paling penting harga yang berpatutan. 

    Selain nasi ayam, pelanggan juga boleh menikmati jenis hidangan lain seperti 
    hidangan Barat, iaitu steak, fish &chips, spagheti dan banyak lagi.



    Pada waktu petang, Monrods menyediakan makanan ala kampung seperti mee rebus, cucur kodok, cucur ikan bilis, cucur keledek dan ubi kayu rebus yang dimakan bersama ikan bilis dan kelapa parut.
     
    Semua resipi hidangan disediakan oleh empat orang chef yang memiliki Ijazah Kulinari daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Monday, October 24, 2011

    Satay Pak' Long @ Warisan Opah, USJ

    Sekiranya anda singgah di Restoran Warisan Sambal Opah menyediakan
    bungkusan nasi lemak istimewa, anda juga boleh mencuba Satay Pak Long.
    Satay ini memang istimewa rasanya dan ia memang popular
    di kalangan pengunjung Warisan Sambal Opah.
    Satay sama ada Satay Ayam mahupun Satay Daging dibuat  rangup
    dan tidak begitu tebal sepertimana satay-satay lain yang terdapat di pasaran.
     
    Restoran ini terletak di No : 2, Jalan USJ 9/5P.
    Lokasi ini dahulunya menempatkan Geylang Kopitiam.

    Warisan Sambal Opah menyediakan bungkusan nasi lemak istimewa
    kepada pelanggan dengan adunan pelbagai lauk pauk pilihan pelanggan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...