Monday, October 29, 2012

Sata Terengganu 2012

Sata sejenis makanan berasaskan ikan menyerupai otak-otak 
sememangnya  popular di kalangan penduduk Pantai Timur.
Ia  juga boleh diperolehi di sepanjang jalan pantai yang 
menghubungkan Bandar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.
Perbezaan Sata dan Otak-Otak terletak pada 
bentuk, rupa, warna dan cara bugkusannya. 
Sata dibungkus di dalam daun pisang dan kelihatan seperti bungkusan kuih koci. Ia menggunakan ikan segar, kelapa, halia & bawang merah. 
Di samping Sata untuk mempelbagaikan bahan jualan, para peniaga juga menyediakan bahan makanan lain seperti  otak-otak  dan lain-lain.
Selamat mencuba.
Foto Azizi Sunip

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...