Friday, March 30, 2012

Berkunjung ke China Town, London



Pada awal 50an, ramai tentera Inggris yang pulang ke London 
setelah bertugas di Asia merindukan masakan  Asia.
Beberapa restoran Cina di kawasan Gerrard Street London 
menjadi pusat kunjungan mereka  yang baru pulang. 
Hingga di akhir tahun 1960-an, kawasan ini berkembang
 menjadi Chinatown atau pusat masyarakat Cina di London.
Pelbagai restoran dan pasaraya  menyediakan bahan 
makanan Asia seperti Cina, Korea, Jepun, Thai dan Indonesia.
China Town  terletak di pusat kota London erhampairan Picaddily Circus.
Pengujung boleh menggunakan  stesen Tube Leicester Square.
Di sini juga terdapat banyak kedai  cenderamata untuk dibawa pulang. 
Kawasan ini terlebih terserlah ketika sambutan Tahun Baru China.
Selamat berkunjung



Wednesday, March 28, 2012

Restoran Dee Zarifah @ Subang Jaya

Restoran Dee Zarifah di Subang Jaya menawarkan pelbagai masakan panas.
Ia juga menawarkan pelbagai jenis makanan khusus 
waktu tengahari untuk pekerja pejabat di sekitar kawasan itu.
Ia adalah satu-satunya Restoran masakan Melayu di SS 15.
Ia  turut menawarkan maskan barat ala western.
Ia boleh dikunjungi di alamat No. 33, Jalan SS15/4, 
47,500, Subang Jaya, Selangor.
Untuk maklumat lanjut mengenai restora ini
ikuti perkembangannya di link facebook.


Monday, March 26, 2012

Restoran Ina Jaguh Kampung


Restoran Ina Jaguh Kampung menawarkan pelbagai masakan 
seperti Nasi Ayam , Nasi Lemak serta masakan panas lain.
Restoran ini menjadi  Naib Juara pertandingan 
 masakan kampung yang dianjurkan oleh Astro.
Di dalam pertandingan yang diadakan dan disiarkan di TV Astro, restoran 
ini meraih tempat kedua dan menerima hadiah lima-belas ribu ringgit.
 Pastinya menu istimewanya di sini ialah Nasi Ayam.
Restoran ini boleh dikunjungi di No. 10, 
Jalan Zikron 7E/Seksyen 7, 40,000, Shah Alam.
Selamat berkunjung.

Friday, March 23, 2012

Eiffel Tower di Waktu Malam @ Paris

Pemandangan malam di Menara Eiffel sangat menarik.
Adalah dicadangkan supaya anda mengambil 
gambar ketika matahari terbenam dari arah Trocader.
Selesai di situ anda boleh meneruskan perjalanan 
menaikki Eifel Tower pada sebelah malam.
Menurut stastik, lebih dari 200 juta orang dari seluruh dunia
 mengunjungi menara ini sejak pertama kali didirikan.
Ini menjadikannya monumen bertaraf dunia 
dengan pengunjung terbanyak di dunia. 
Selamat berkunjung.

Wednesday, March 21, 2012

Restoran MAK ENON @ Shah Alam


Sebuah lagi restoran masakan Melayu 
boleh  anda kunjungi di Shah Alam.
Ia juga terletak di Seksyen 13 di Shah Alam.
Lokasinya bersebelahan dengn Restoran Le Lac & Restoran Orkid.
Sekiranya anda mengunjungi waktu tengahari  
anda boleh memilih pelbagai jenis lauk yang tersedia.
Ia menyediakan menu masakan Melayu dengan 
tawaran pelbagai jenis masakan panas .
Anda juga boleh memesan menu lain seperti
Nasi Ayam Penyet, Bubur Nasi & Laksa.
Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...