Monday, April 30, 2012

Raja Nasi Goreng @ Bandung


Sekiranya anda berkunjung ke Bandung dan secara kebetulan 
berkunjung ke Bandung Super Mall, singgahlah ke food courtnya.


Antara yang tersedia ialah menu yang pelbagai di Raja Nasi Goreng.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
Raja Nasi Goreng - Bandung Super Mall
Jl. Gatot Subroto (Jl. Turangga), Bandung, Jawa Barat.
Pelbagai menu lain turut disediakan untuk pilihan anda. 
Gambar2 sumbangan Norzalikha yang berkunjung ke Bandung.
Selamat berkunjung.

Friday, April 27, 2012

Haagen-Dazs @ Champs-Elysee, Paris

Kawasan Champs-Ellysee di kota Paris sentiasa sebok 
dengan pengunjung ke pusat beli-belah tersebok di dunia.
Yang menariknya, sekiranya keletihan berbelanja, pengunjung  boleh memilih untuk bersantai seketika di Restoran Haggen-Dazs.
Restoran ice-cream ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang mahumencuba pelbagai menu yang jarang ditemui di tempat mereka.
Pelbagai perisa tersedia untuk dipilih peminat ice cream.
Restoran di sebelah luar juga sentiasa dipenuhi pelanggan.
Maka terpaksalah sesetengah pelanggan memesan 
secara takeway, untuk dinikmati  di luar restoran.
Selamat berkunjung.

Wednesday, April 25, 2012

Jom ke Doha. Qatar



Sekiranya anda ke Qatar pastikan anda mencuba 
pelbagai jenis makanan yang tersedia.
Jangan lupa memesan Nasi Mandy - makanan YAMAN - berlauk ayam
 atau kambing. Ia kelihatan mudah tetapi sedap sepertimana  nasi minyak di Malaysia.
Anda juga boleh mencuba roti paratha tetapi rasanya seperti  
roti canai . Bezanya ia hanya besar dan garing. 
Anda boleh menemui makanan ini di Di Souq 
Waqif - pasar tradisional tertua di Qatar.
Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika 
di sana. Pastikan anda singgah di kompleks membelibelahnya.
Pastikan anda juga berkunjung di pesisiran laut negara teluk ini. 
Keindahan kotanya begitu terserlah berbanding dengan kota lain di dunia.
Ketika di sana ambil kesempatan untuk 
berkunjung ke  pasar serta lokasi menarik di situ.
Gambar-gambar ini adalah milik Sdr. Azman Razali. 
Jengok2 lah blog beliau di
link berikut : Man Kasturi

Monday, April 23, 2012

Restoran Molek @ Seksyen 7, Shah Alam


Restoran Molek yang menawarkan menu selera Kelantan  
adalah antara restoran yang sentiasa dipenuhi pelanggan.
Restoran masakan  Kelantan ini boleh dikunjungi Seksyen 7 
Shah Alam (berhampiran pintu masuk belakang UiTM).
Untuk waktu tengahari, ia menawarkan
 pelbagai jenis makanan panas.
Antara menu khas restoran ini ialah  
nasi kerabu & nasi belauk ayam/ikan,
Ia juga menawarkan pelbagaii jenis bubur 
dan kuih-kuih melayu sebagai pemanis.
Selamat berkunjung.


Saturday, April 21, 2012

Pusat Belibelah, Publika Solaris Dutamas


Walaupun banyak pusat belibelah tumbuh khususnya di Lembah 
Klang, Publika di Solaris Dutamas mempunyai keunikan tersendiri.
Pusat belibelah ini memberi adunan kreativiti seni di setiap kawasannya.
Anda boleh perhatikan sentuhan seni yang diberikan 
ketika berada di kawasan persekitaran  pusat belibelah ini.
Susun atur kedai-kedai juga dibuat dengan teliti dan 
diberikan sentuhan kreativiti seni tersendiri.
Walaupun, tidak kesemua ruang kedai telah dipenuhi, namun kunjungan 
hujung minggu memberi anda persekptif baru untuk membelibelah.
Ikuti FB ini untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Belibelah ini @
http://www.facebook.com/Publika.Dutamas
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...