Thursday, May 31, 2012

Dapur Penyet @ Bandung


Jika anda ke Bandung singgahlah ke Dapur 
Penyet untuk menikmati makanan Jawa.
Pelbagai jenis Masakan penyet boleh ditemui 
termasuk daging, ayam, ikan , udang malah itik.
Ia boleh dikunjungi di alamat :
Dapur Penyet; Jl. Gandapura No. 55, Bandung; 
Selamat berkunjung.

Tuesday, May 29, 2012

Ayam Penyet RJ @ Kuching


Kalau Anda ke Bandar Kuching apa kata mencuba Ayam Penyet RJ.
 
Jangan juga lupa memesan pelbagai manisan selepas makan.
Di samping itu pastikan  juga anda mencuba Mee 
Kolok yang merupakan resipi asal dari Sarawak.
Selamat mencuba.
Foto sumbangan Nur Diana.

Friday, May 25, 2012

Bersantai Di Piccadilly


Piccadilly adalah sebuah jalan utama di London, memanjang dari
 Hyde Park Corner di barat ke Piccadilly Circus di timur. I
Piccadilly Circus dikelilingi oleh beberapa tarikan pelancong.

Antara tarikan  utama termasuk Peringatan Shaftesbury, Criterion 
Theatre, London Pavilion dan beberapa gedung runcit utama. 
Terdapa juasebuah patong eros di tengah-tengah 
Dataran Picadilly yang sentiasa dipenuhi pelancong.
Selamat berkunjung.

Wednesday, May 23, 2012

Pasar Karat JB


Sekiranya anda ke Johor Bahru, pastikan anda 
berkunjung ke Pasar Karat JB di Jalan Seget.
Ia lebih meriah sekiranya anda berkunjung pada malam minggu.
Pelbagai barangan terkini serta 
barangan antik boleh ditemui di sini.
Antara barangan menarik pastinya barangan antik yang tersedia.
Sekiranya anda bernasib baik anda boleh 
temui barangan antik yang berharga.
Selamat berkunjung.

Monday, May 21, 2012

Ayam Penyet Jawa @ Kelana Jaya

Sebuah lagi Restoran Ayam Penyet Jawa boleh ditemui di Kelana Jaya.
Anda boleh mencubanya di 
Jalan SS 6/3 (Kelana Jaya), Petaling JayaSelangor 47301.
Pengunjung boleh membuat pilihan pelbagai 
jenis menu  ayam, udang, ikan dan lain-lain.
Anda boleh but pilihan mengikut selera anda sendiri.
Selamat mencuba.

Sunday, May 20, 2012

Menaikki Eurostar Dari London Ke Paris


 Perjalanan 2 jam Eurostar dari London ke Paris 
bermula dari stesen St.Pancreas International.
Eurostar menyediakan 3 jenis kelas iaitu 
standard, standard premier, dan business premier.  
Standard Premier khas untuk mereka yang ingin menikmati perjalanan 
dengan lebih selesa. Ada perkhidmatan pelayan dan makanan diberi.
Business Premier pula, lebih eksklusif kerana 
menyediakan ruang kerja untuk mereka yang sibuk. 
Ada sebuah bar-buffet yang disediakan untuk membeli 
makanan bagi mengisi perut sepanjang perjalanan. 
Perjalanan ini terpaksa merentasi Selat Inggeris 
di dalam perut lautan untuk menuju ke Paris. 
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...