Tuesday, July 31, 2012

Promosi Raya 2012 @ MidValley


Walaupun puasa masuk hari ke 11 hari ini, promosi raya telahpun bermula di kebanyakan kompleks belibelah di Lembah Klang.
Kompleks beli-belah Mid-Valley 
turut  menganjurkan promosi Raya.
Ruang legar di tengah pusat beli-belah itu kini berubah 
wajah menjadi gelanggang peniaga menjalankan perniagaan.
Di samping membelibelah persediaan hariraya, pengunjung 
boleh singgah ke sini untuk membeli kuih muih dan bahan lain.
Ikuti juga blog sebelum ini @ 

Monday, July 30, 2012

Bazar Ramadan 2012 @ Kelana Jaya


Kambing Golek kini menjadi menu tarikan di Bazar Ramadan. 
Bazar Ramadan Kelana Jaya menawarkan dua gerai bahan itu.
Banyak  gerai tersedia untuk pilihan pengunjung
 Bazar Ramadan yang terletak di Jalan SS6/1 ini.
Bagi penduduk PJ, Bazar Ramadan Kelana Jaya  tidak asing 
lagi dan menerima kunjungan ribuan penduduk di sekitarnya. 
Pelbagai juadah boleh didapati dan pengunjung setia bazaar ini 
sejak 20 tahun lalu terus ke sini kerana lokasinya yang strategik.
Peniaga-peniaga menawarkan menu kreatif & menarik.

 Menu yang  disajikan adalah  juga pelbagai dan menarik. 

Selamat berkunjung.

Friday, July 27, 2012

Kuih Muih Moden & Tradisional di Bazar Ramadan 2012


Kuih muih pelbagai bentuk dan rasa antara 
intipati popularnya sesebuah Bazar Ramadan.
Ada kuih yang berciri moden &  terkini.
Dan ada juga kuih-kuih tradisional yang 
terus popular setiap tahun menjelang puasa.

Pelbagai jenis kuih muih lain turut mewarnai 
Bazar-Bazar Ramadan di seluruh negara.
Selamat berkunjung ke Bazar Ramadan berhampiran anda.

Thursday, July 26, 2012

Bazar Ramadan 2012 @Kg. Sungai Penchala



Antara Bazar Ramadan yang turut menarik perhatian
peminat Bazar Ramadan ialah di Kg. Sungai Penchala.
Jika mahu ke sana, anda boleh menyusuri
Penchala Link dan keluar ke Kg. Sungai Penchala.
Ia terletak  di Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala,
Kuala Lumpur bersebelahan Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz Shah.
  Apa yang istimewanya berbanding di tempat lain ialah suasana
keheningan kampung yang boleh dirasai oleh pengunjung.
Sepertimana Bazar Ramadan lain, ia turut menawarkan
pelbagai jenis menu makanan dan minuman istimewa.
Selamat berkunjung dan pilihlah sendiri menurut citarasa anda.
Foto Ehsan Ilham  Ayazz Hakeem.

Wednesday, July 25, 2012

Restoran2 Halal Bayswater @ London


Kawasan Bayswater di London di penuhi medan restoran yang pelbagai.
Ini termasuk beberapa buah restoran Halal untuk umat Islam.
Bagi para pengunjung yang beragama Islam, Anda boleh 
berkunjung ke sini untuk menjamu selera di Restoran halal.
Anda juga boleh memilih untuk berbuka puasa 
di kawasan ini yang banyak dipenuhi restorn halal.
Anda boleh memilih pelbagai menu 
berteras nasi, sandwich , pita & kebab.
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...