Friday, August 31, 2012

Monday, August 27, 2012

Satay Station @ Ampang Waterfront, KL


Satay Station di Ampang Waterfront yang  berkonsepkan
 'Santap & Santai' dirasmikan  pada 28 Mac 2011.
Ia  terletak di Jalan Ampang berhampiran dengan Carefour Ampang.

Ia menyediakan tempat duduk yang boleh 

memuatkan lebih 700 pegunjung pada satu masa.

Di samping menu satay terdapat menu lain 
seperti sup, nasi putih dan telur dadar.
Foto-foto disediakan oleh Azizi Sungip.

Saturday, August 25, 2012

Makan Burasak di Pagi Raya 2012


Burasak adalah makanan popular di kalangan 
masyarakat Bugis di Johor ketika Aidilfitri..
Ia diperbuat dari nasi beras wangi yang 
di bungkus dengan helaian daun pisang muda.
Ia lazimnya di makan dengan Asam Pedas ikan parang, 
rendang ayam atau daging berserta serunding kelapa.
Sejenis makanan lagi bagi masyarakat Bugis 
ialah Lepat Eloi yang diperbuat dari pulut.


Ia berbentuk segitiga dan masa rebusan memakan 
masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin.
Sempena Berhari Raya - Berhati-hati Di Jalanraya.


Friday, August 17, 2012

Promo Baklava @ Bangsar Shopping Centre



Sempena Aidilfitri Baklava-manisan pastri serta coklat menjadi tema promosi di Concourse Bangsar Shopping Centre.
Mereka yang ingin cuba makanan ini boleh mengunjungi 
BSC  yang  menawarkan bahan makanan ini.
Di samping itu pelbagai jenis kek dan 
coklat turut tersedia bagi pengemarnya.
Selamat mencuba.

Thursday, August 16, 2012

Promosi Raya 2012 @ Bangsar Shopping Centre


Bangsar shopping Centre setiap tahun 
turut mengadakan  promosi Hari Raya.
 Medan tengah pusat belibelah itu menjadi  pusat gerai 
menjual bahan2 menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba.
Gerai yang diadakan melambangkan rumah Melayu 
Melaka yang kelihatan  indah dengan adunan lampu cerah.
Pengunjung juga boleh membuat pilihan kuih 
raya mahupun pakaian berhariraya yang tersedia.
Selamat berkunjung.

Wednesday, August 15, 2012

Lampu Gemarlapan @ Sunway Pyramid

Pengunjung ke Sunway Pyramid berpeluang  menyaksikan 
hiasan lampu warna warni dipersekitaran  kompleks belibelah itu.
Ia adalah antara pusat belibelah yang sentiasa menukar 
tema hiasan lampunya berdasarkan tema perayaan.
Para pengunjung akan merasakan 
seolah-olah mereka berada di Las Vegas.
Ia pastinya menarik para jurufoto untuk mengambil gambar 
lampu yang bergemarlapan di persekitaran Sunway Pyramid.
Selamat berkunjung.

Tuesday, August 14, 2012

Promosi Raya 2012 @ Pavilion,KL

Sepertimana kompleks belibelah lain, Pavilion turut 
mengadakan promosi raya sepertimana tahun2  sebelumnya.
Pada kali ini, promosinya 
bertemakan Wau serta Bunga-bunga.
Di tengah-tengah pusat itu menjadi medan hiasan 
di samping disediakan kiosk-kiosk jualan berkaitan Aidilfitri.
Bagi mereka yang gemar bergambar, lokasi ini 
cukup menarik untuk menjadi lokasi berfoto.
Di samping itu, pengunjung juga berkesempatan melihat  
pameran jambangan bunga-bunga orkid yang turut tersedia.
Mereka juga turut dihiburkan dengan 
kumpulan pemuzik tradisional Melayu.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...