Wednesday, September 26, 2012

Asma Rojak Larkin @ Larkin, JB

Rojak Asma atau Rojak Singapore atau Rojak Larkin 
memang popular di kalangan penduduk di Johor Bahru.
Pengunjung boleh memilih sendiri pelbagai jenis makanan
pilihan untuk dipanaskan sebelum dihidang kepada  mereka.
Rojak ini sebegitu popular sehingga turut menjadi 
destinasi pilihan rakyat seberang tambak, Singapura.
Lokasinya senang ditemui kerana ia terletak 
berhampiran dengan stesen Bas Utama Larkin.
Selamat mencuba.

Monday, September 24, 2012

Restoran Ayu & Catering @ Kajang

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi 
sekiranya anda berada di Kajang.
Apa kata singgah di Restoran Ayu & 
Catering  yang berhampiran bandar Kajang.

Menu istimewanya ialah Nasi Lemak Panas. Anda boleh 
memilih untuk makan bersama pelbagai  lauk yang tersedia. 
Anda boleh memilih untuk makan bersama pelbagai  
jenis lauk yang tersedia dengan harga yang berbeza.
Ia boleh dikunjungi di alamat berikut:
Lot 133, Batu 14, Jalan Cheras, Kajang, Kajang, 43000
Selamat berkunjung.

Friday, September 21, 2012

Restoran Pilihan @ Marrakesh Sunway Pyramid

Bagi mereka yang berkunjung ke pusat belibelah Sunway Pyramid jangan lupa ke Marrakesh di mana tersedia banyak restoran untuk dicuba.
Kawasan yang memperagakan susun atur  Timur Tengah ini turut  
memilikki beberapa restoran pilihan untuk memenuhi selera anda.
Antaranya termasuk restoran Tarbush.
Atau anda  memilih untuk mencuba restoran lain.
Restoran makanan segera juga tersedia.
Selamat berkunjung.

Wednesday, September 19, 2012

Berkunjung ke Setia City Mall @ Klang



Sekiranya anda berminat berkunjung ke pusat belibelah, apa 
kata mencuba pusat belibelah terbaru di Lembah Klang.
Pusat belibelah yang dimaksudkan ialah Setia City Mall 
yang dibuka pada orangramai pada 17 Mei 2012.
Pelbagai kedai berjenama tersedia bagi penduduk Klang dan 
persekitarannya seperti Apple  MPH, Guess, ZARA, 
Mango, Cotton On, Esprit & Timberland.
Pada sebelah malamnya, pengunjung turut dihiburkan 
dengan pertunjukan  pancutan air berwarna-warni.
Untuk maklumat lanjut ikuti laman webnya 

Monday, September 17, 2012

Chamek Kopitiam @ Danga Bay, JB


Sekiranya anda inginkan menu luarbiasa seperti Lempeng Sambal Ikan Masin -  apa kata mencubanya di Chamek Kopitiam.
Kini ia boleh ditemui di Danga Bay 
berhadapan dengan Restoran Singgah Selalu.
Nama panggilan Chamek itu sebenarnya berasal 
daripada nama sebuah kampung di Kluang, Johor.
Menu lain yang tersedia untuk pelanggan ialah 
nasi lemak, aneka nasi, mee, dan kuew teow goreng.
Chamek adalah satu-satunya kopitiam yang menjadi milik 
penuh bumiputera yang menjalankan operasi secara halal. 
Kopitiam ini banyak dibuka di Johor Bahru seperti di Komplek Pasir Gudang, Bandar Baru Uda, Setia Tropika, Bandar Seri Alam dan Pelabuhan Johor. 
Satu satunya francais  di luar Johor ialah di Taman TTDI Jaya, Shah Alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...