Wednesday, October 31, 2012

Berkunjung ke The Zone @ JB


Sekiranya anda bertandang ke Johor Bahru, satu lagi
tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah the Zone.
The Zone merupakan lokasi pusat belibelah bebas cukai
yang popular di kalangan pengunjung tempatan dan pelancong.
The Zone menawarkan pelbagai jenis barangan
dengan  tawaran harga yang menarik.
Kadangkala ia turut menawarkan harga
jualan murah dengan potongan sehingga 70 peratus.
Antara yang menarik pastinya kedai-
kedai yang menjual pelbagai jenis coklat.
Anda boleh memilih pelbagai jenis coklat untuk dibawa pulang.
Selamat berkunjung.

Monday, October 29, 2012

Sata Terengganu 2012

Sata sejenis makanan berasaskan ikan menyerupai otak-otak 
sememangnya  popular di kalangan penduduk Pantai Timur.
Ia  juga boleh diperolehi di sepanjang jalan pantai yang 
menghubungkan Bandar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.
Perbezaan Sata dan Otak-Otak terletak pada 
bentuk, rupa, warna dan cara bugkusannya. 
Sata dibungkus di dalam daun pisang dan kelihatan seperti bungkusan kuih koci. Ia menggunakan ikan segar, kelapa, halia & bawang merah. 
Di samping Sata untuk mempelbagaikan bahan jualan, para peniaga juga menyediakan bahan makanan lain seperti  otak-otak  dan lain-lain.
Selamat mencuba.
Foto Azizi Sunip

Friday, October 26, 2012

Pelbagai Buah-Buahan @ R&R Melaka


Sekiranya anda pulang ke kampung  sempena  Aidiladha, 
pastikan anda singgah  di R&R sepanjang perjalanan.

Di samping berehat seketika untuk mengelakkan keletihan, andajuga boleh meninjau kiosk yang menjual buah-buahan di situ.
Pelbagai buah-buahan boleh diipilih untuk 
dibawa pulang atau dibeli sebagai  ole-ole.
Itulah antara keistimewaan rakyat Malaysia, yang dilimpahi 
pelbagai  buah-buahan tempatan mahupun yang diimport.
Selamat Hariraya Aidiladha.
& Berhati-hati ketika di jalanraya.

Wednesday, October 24, 2012

Kak Yah Keropok @ K.Terengganu


 Keropok atau keropok lekor, menjadi kegemaran ramai 
dan boleh didapati di Pantai Timur Semenanjung.
Namun antara destinsi yang popular pastinya  
Kampung Losong di Kuala Terengganu.
Hanya 10 minit perjalanan dari Kuala Terengganu, terdapat 
lebih 20 pengusaha keropok lekor di kampung ini.
Kebanyakan mereka menggunakan ikan 
tamban yang diadun dengan tepung sagu.
 Pengusaha keropok lekor Losong, KY Food 
Industries adalah antara pengeluar yang popular.
Syarikat ini juga mempunyai 10 pembekal tetap 
di Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur.
Foto : Ehsan Azizi Sunip.

Wednesday, October 17, 2012

Restoran Mohd Chan @ Bangi

Untuk mencuba masakan Cina halal apa kata 
 mencubanya di Restoran Mohd Chan di Bangi.
Restoran ini boleh dikunjuni   di Jalan Medan 
2C, Seksyen 9 di Bandar Baru Bangi.
Sekiranya anda membuat pesanan, pastikan tidak terlalu 
banyak kerana setiap menu boleh dikongsi untuk 3 orang.
Adalah lebih baik sekiranya anda seorang atau  berdua 
membuat pesanan nasi goreng berserta lauknya.
Sekiranya anda bertiga atau lebih baru dipesan menu yang tersedia.
Restoran ini juga boleh dikunjungi di cawangan lain di 
Kelana Jaya, Taman Melawati dan Wangsa Maju.
Layari link berikut untuk maklumat lanjut @

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...