Friday, November 30, 2012

Restoran Untuk Di Kunjungi di KLIA


Sekiranya anda berkunjung ke KLIA, anda boleh 
singgah di beberapa  restoran yang tersedia di sini.
Di samping restoran franchise ini ada juga 
restoran-restoran lain yang boleh dikunjungi.
Di samping itu Anda boleh membeli 
cenderahati bagi yang meminatinya.
Kedai-kedai berjenama lain turut tersedia untuk dikunjungi.
Selamat berkunjung.

Monday, November 26, 2012

Restoran Mr. Sambal @ SS15, Shah Alam

Sekiranya anda mahu mencari restoran makanan 
Melayu, pastinya Shah Alam tidak menghampakan.
Restoran Mr. Sambal adalah antara Restoran yang 
boleh ditemui di Kompleks Otomobil di Seksyen 15.
Ia menawarkan masakan Nasi Campur, 
Gorengan Panas, Lontong & Western.
Selamat berkunjung.

Friday, November 23, 2012

Oxford Street & Piccadilly Bermandi Cahaya

Kawasan belibelah di London kini mula
 bermandi cahaya menjelang Perayaan Krismas.
 Kedai-kedai dan kompleks belibelah memberi perhatian 
kepada hiasan masing-masing bagi menarik pelanggan.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan 
pastinya Oxford Street & Piccadilly Circus.
Kedai2 kini berubah wajah menanti kehadiran Krismas.
Selamat berkunjung
Foto Ehsan Zaharah Othman.

Tuesday, November 20, 2012

Masakan Padang @ Restoran Cer Rasa, Shah Alam

Sebuah lagi restoran yang menyediakan 
makanan Minang, Nasi Padang di Cer Rasa.
Ia boleh dikunjungi di alamat : 
Kompleks Otomobil 
Shah Alam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor.
Harga makanan agak murah sedikit 
berbanding  dengan restoran Minang lain. 
Ini mungkin disebabkan pelangganaya 
terdiri daripada pelajar-pelajar UITM.
Selamat mencuba.

Friday, November 16, 2012

House Of Donatello @ Bandung

Bagi mereka yang berkunjung ke Bandung, apa 
kata meninjau kedai khusus menjual kasut.
Antara yang popular  ialah House of Donatello.
Kedai ini memperagakan pelbagai jenis kasut lelaki dan wanita dengan harga yang agak murah berbanding di kompleks belibelah lain.
Ini mungkin kerana Bandung memang terkenal dengan 
pelbagai jenis jualan factory outlet untuk tujuan ekspot.
Bagi peminat kasut, pastikan anda berkunjung 
ke sini untuk membuat pilihan sewajarnya.
Selamat berkunjung.

Wednesday, November 14, 2012

fishbone @ Shah Alam

Bagi peminat makanan seafood, apa kata 
mencubanya di Fishbone, Shah Alam.
Ia menawarkan pelbagai jenis menu 
makanan laut, asam pedas serta makanan lain.
Ia boleh dikunjungi di : 
No B7-2-G, Jalan Pahat H 15/H, Kompleks Otomobil 
Shah Alam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor.

Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...