Monday, April 29, 2013

Rumah Api Fort Cornwallis di Padang Kota



Rumah api ialah menara bagi membantu ahli pelayaran atau 
nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. 
Menara Fort Cornwallis di Pulau Pinang ini  
dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api.
Ia diperbuat daripada kerangkaan besi berwarna putih sehingga 21 
meter. Jarak penglihatan pula mengjangkau sehingga 16 batu nautika. 
Kota Cornwallis ini mendapat namanya bersempena nama Gabenor 
Jeneral Inggeris di Bengal pada ketika itu iaitu Charles Cornwallis.
Selamat berkunjung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...