Friday, April 26, 2013

Pusat Penghayatan Alam Wetland Putrajaya

Pusat Penghayatan Alam (NIC) Taman Wetland  akan 
menjadi produk eko pelancongan terbaru di Putrajaya.
Ia bertujuan bagi menarik pelancong tempatan serta 
asing ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Ia bakal menjadi pusat rujukan & penyelidikan sumber alam, flora dan fauna berkaitan hutan tanah lembap yang terkemuka di dunia.
Pelbagai rekreasi dan aktiviti pembelajaran disediak 
khusus untuk mereka yang berkeluarga dan kanak-kanak.
Selamat berkunjung.

Friday, April 19, 2013

Warung Leko @ The Curve,KL


Bagi peminat makanan Indonesia, satu lagu premis 
terkini yang boleh dikunjungi ialah Warung Leko.
Warung Leko menawarkan pelbagai jenis makanan
Indonesia dan pastinya yang popular ialah Ayam Penyet.
Warung Leko pertama di Malaysia boleh dikunjungi di alamat  18-1, First Floor, The Curve  Link2,  
Mutiara Damansara.
Warung Leko mempunyai 46 cawangan di Indonesia.
Ia boleh dikunjungi setiap hari 
dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Selamat berkunjung.

Wednesday, April 17, 2013

Herbs Park di Botanic Park Shah Alam

Pengunjung ke Shah Alam Botanic Park 
boleh bersantai atau berkhemah di situ.

Terdapat pelbagai jenis Taman 
di sini termasuk Taman Herba.


Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai 
khasiat herba daripada pokok2 yang ditanam.

Kebanyakan daripada herba-herba ini boleh  
dihasilkan dengan menanamnya sendiri di rumah.
Selamat berkunjung.

Wednesday, April 10, 2013

Koay Teow Mali's Corner @ Taman BungaRaya Setapak.

Bagi peminat Char Koay Teow, anda 
berpeluang mencubanya di Mali's Corner.
Restoran yang dimulakan pemiliknya Jamali Saat 
pada 2009 terletak di Taman Bunga Raya Setapak.
Kini cawangannya terletak di Platinum Walk, Danau Kota Setapak.
Ada 3 pilihan untuk menu char koay teow - Kecil (RM4.00), 
Besar (RM5.00) dan Special Char Koay Teow (RM7.00). 

Pengunjung juga boleh mencuba menu Nasi Lemak.
Ia dibuka setiap hari bermula jam 10.00 Pagi.
Selamat mencuba.

Friday, April 5, 2013

i-City Shah Alam Menggamit Pengunjung - 2013

i-City di Shah Alam, kini menjadi antara 
destinasi pelancongan menarik di Selangor.
Lampu digital menggunakan teknologi lampu LED canggih 
imenjadi tarikan khususnya bagi mereka yang berkeluarga,.
Ia terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 
 Pengunjung boleh menikmati keindahan pokok yang 
berwarna-warni di sepanjang jalan ke tempat letak kereta.
Bandar cahaya ini, dibuka setiap hari dari  jam 7 hingga 10 malam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...