Wednesday, May 29, 2013

Muzium Polis Diraja Malaysia @ KL


Muzium Polis DiRaja Malaysia  terletak di Jalan 
Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik.
Muzium ini diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat 
Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950.
 Ia kemudiannya dirasmikan pembukaannya 9 
Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3.
Muzium ini mempamerkan beribu barangan menarik 
berkait dengan janayah dan menghalang jenayah.
Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata 
yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Selamat berkunjung.

Monday, May 27, 2013

Bangkok Beat @Empire Gallery, Subang Jaya


Sekiranya ada peminat makanan
Thai sebuah lagi restoran boleh dikunjungi.
Ia menawaran pelbagai menu 
makanan Thailand untuk dicuba.
Bangkok Beat Bistro boleh dikunjungi di :
LG32, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Malaysia.
Selamat berkunjung.

Thursday, May 23, 2013

Masjid Beijing @ Rantau Panjang, Kelantan

Masjid Beijing terletak di Rantau 
Panjang bandar perbatasan Malaysia-Thai.
Masjid Beijing kelihatan bagaikan istana maharaja China 
di zaman silam dan ada yang keliru menganggapnya pagoda. 
Keindahan dan keunikan bangunannya menggamiat pelancong berkunjung untuk menyaksikan keindahannya 
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’  ini
dibangunkan di atas tanah seluas 3.7 hektar.
Masjid bernama ‘Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’  
dibangunkan di atas tanah seluas 3.7 haktar
Ahli-ahli ukir masjid ini didatangkan khas  adari China sementara  hiasan dalaman masjid adalah hasil tangan juru ukir Uzbekistan.

Monday, May 20, 2013

Absolute Thai @ One Utama


Jika Anda mahu mencuba masakan ala 
Thai apa kata mencubanya di Absolute Thai.
Anda boleh berkunjung ke :
LG351, Lower Ground Floor, 
New Wing, One Utama Shopping Centre
Pelbagai jenis menu makanan Thai boleh dicuba.
Pilihlah menu berdasarkan selera Anda.
Selamat berkunjung.

Friday, May 17, 2013

Pusat Pemulihan OrangUtan Sepilok @ Sabah


Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok 
terletak 25 km dari bandar Sandakan.
 Ia adalah  salah satu destinasi 
pelancongan yang paling popular di Sabah.
Masa terbaik untuk berkunjung adalah pada pukul
 10 pagi  dan sekali lagi, pada pukul 2.30 petang.
Pada waktu itu primat ini keluar dari hutan untuk 
mendapatkan makanan harian seperti pisang dan susu.
 Anda boleh melihat orang utan diberi 
makan dari satu platform di pusat ini .
Di sini juga terdapat  200 spesis burung  pelbagai jenis 
tumbuhan di dalam hutan simpan seluas 5.666 hektar.

.

Wednesday, May 15, 2013

Mini Malaysia & Asean Cultural Park @ Melaka

 Taman Mini Malaysia & ASEAN terletak beberapa 
kilometer di luar Melaka, berhampiran bandar Ayer Keroh.
Di Taman ini disediakan sebuah yang rumah yang
mewakili gaya seni bina 13 negeri di Malaysia.
Ia dilengkapi pelbagai barangan, hiasan, seni dan kraf yang 
menggambarkan budaya bagi setiap negeri di Malaysia.
Tarikan-tarikan lain di taman ini termasuklah 
persembahan kebudayaan etnik penduduk negara ini.
Permainan tradisional mingguan  seperti Permainan Gasing 
hujung minggu apabila ramai pelancong memenuhi taman ini.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...