Friday, July 26, 2013

Ketupat & Lemang @ Mid Valley 2013


Bagi mereka yang berkunjung ke  Mid Valley,  di samping pelbagai jenis 
barangan khas hari raya, mereka  boleh mendapatkan makanan istimewa.
Mereka boleh mendapatkan ketupat, lemang dan rendang walaupun hariraya belum menjelang tiba.
Ia tersedia di salah sebuah gerai yang turut  mengadakan promosi hari raya.
Lemang dan Ketupat adalah  menu istimewa hariraya yang tersedia.
Ia disertai lauk pauk khas seperti rendang, serunding ayam dan pelbagai.


Selamat mencuba.

Monday, July 22, 2013

Promosi Ramadahan @ Mid Valley 2013


Ruang legar di tengah pusat beli-belah Mid-Valley kini 
menjadi gelanggang peniaga sempena Promosi Raya..
Ia berlangsung daripada 17 Julai hingga 11 Ogos 2013.
Pelbagai program  termasuk  persembahan tarian menunggu 
pengunjung  untuk berhibur di samping membeli belah.
Beberapa bazar khas bertemakan Hari Raya tersedia termasuk 
gerai menjual kuih raya, songket, bunga-bunga dan kraftangan.
Ikuti juga blog sebelum ini @ 

Friday, July 19, 2013

Bazar Ramadhan 2013 @ Putrajaya

Bazar Ramadhan Putrajaya bermula 10 Julai lalu sehingga 7 Ogos 2013.
Di samping Bazar Ramadhan itu pengunjung juga berpeluang 
 membelibelah persiapan raya dan pakaian di Kiblat Walk.
Waktunya ialah  dari jam 12 tengahari 
(10 pagi hujung minggu) hingga 12 malam setiap hari.
Ia terletak di Komplek Perbadanan Putrajaya di Presint 3 berserta 
Komplek Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque dan Qiblat Walk
Selamat berkunjung.

Wednesday, July 17, 2013

Bubur Lambuk Kg. Baru, KL - 2013


Menjelang Ramadhan setiap tahun, Kg. Baru menjadi tumpuan.
Semuanya gara-gara bubur lambuknya yang dikatakan cukup istimewa.
Seawal jam 4 petang, orang ramai mula beratur untuk mendapatkannya 
walaupun ia hanya  diagihkan selepas solat Asar  kira-kira jam 5 petang.

Antara bahan asas yang digunakan ialah  halba, kulit kayu manis, 
bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga dan bunga lawang. 
Setiap hari 15 periuk dimasak  bagi menampung permintaan orang ramai. 
Bukan sahaja warga Kuala Lumpur, malah dari luar Lembah Klang.
Setiap periuk menghasilkan 250 bungkus dan untuk 15 periuk menghasilkan 
hampir 4,000 bungkus. Kesemuanya diagihkan dalam masa setengah jam. 
Baru-baru ini ketika pelancaran Bazar ramadhan Kg. Baru 
sebanyak 100 periuk disdiakan bagi menampung 22,000 bungkus.

Saturday, July 13, 2013

Imbas Kembali Bazar Ramadhan @ Bangsar Baru

Imbas Kembali Bazar Ramadhan @ Bangsar Baru
* Bazar Ramadhan Bangsar BaruTahun 2009
 
Selamat berkunjung.

Friday, July 12, 2013

Red Onion @ Publika Dutamas, KL

Restoran Red Onion kini boleh ditemui di Publika Dutamas.
Restoran  Pakistan ini membawa Chef langsung dari 
Pakistan bagi memastikan masakannya  benar-benar asli.
Anda boleh mengunjunginya di alamat:
Solaris Mont Kiara Dutamas Publika
 A2-G1-06, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut .
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...