Wednesday, August 28, 2013

Jom Makan Colek di Kota Baru


 "Colek', sejenis juadah yang popular di kalangan rakyat Kelantan.
Ia lebih ketara dan popular selepas umat Islam menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadhan..
Colek ialah masakan ayam, peparu, perut lembu, udang, sotong, cucur dan sosej yang dicelup tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah pencicah pedas dan manis.
Selain itu, colek juga merangkumi pelbagai aneka buah-buahan yang dipotong halus dan lazimnya dikenali sebagai rojak buah di negeri lain.
Colek turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kelantan untuk mereka yang berkunjung ke negeri ini pada bulan Ramadan menikmatinya.
Selamat mencuba.

Monday, August 26, 2013

Kellie's Castle @ Perak - 2013

Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah Perak kini berwajah baru apabila projek menaiktarafnya selesai April lalu.
RM5 Juta diperuntukkan untuk menyediakan pelbagai kemudahan tambahan seperti teater mini, pusat latihan, tandas awam dan pelbagai lagi.
Tahun lalu 70 ribu pelancong  dari dalam dan luar negara mengunjungi Kellie's Castle dan kini terus menerima pengunjung.
 Bangunan  ini dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah British bernama William Kellie Smith. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926.

* Untuk ke sana, sekiranya Anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Thursday, August 22, 2013

Taiping Night Safari

Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas. 
Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman ini dan pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. 
Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di sini kerana ini boleh  mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Selamat berkunjung.

Monday, August 19, 2013

Star Cruise Muslim Package

Bagi mereka yang mahu mencuba percutian berbeza, apa kata mencuba Pakej Percutian Muslim Star Cruise.
Rombongan pelayaran kapal mewah Star Cruises Superstar Libra membawa rombongan dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi, Thailand.
 Apa yang istimewanya, salah sebuah daripada restoran di dalam kapal ini telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 
Ia menjadi satu-satunya kapal yang menyediakan restoran halal dan menawarkan pakej percutian untuk penumpang beragama Islam.
Selamat berkunjung.

Thursday, August 15, 2013

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Bagi peminat coklat, berkunjunglah ke Chocolate Museum di Kota Damansra.
Museum ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai sejarah Coklat bagi pelanggannya.
Pelbagai jenis coklat dari pelbagai negara tersedia untuk pengunjung.
Bagi mereka yang berminat. Mereka boleh mengunjungi muzium ini @ 
Jalan Teknologi 3/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Selamat berkunjung.

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sealamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin Kepada Semua Yang Mengikuti Blog Ini.

Tuesday, August 6, 2013

Promosi Aidilfitri 2013 @ One Utama

Concourse di Pusat beli-belah One Utama menyediakan gerai-gerai khas sempena Aidilfitri.
 Setiap gerai menawarkan barang sempena perayaan yang bakal disambut.
Kuih-muih tradisional sehingga barangan khas lain diperagakan secara rapi.
Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai 
persembahan termasuk pertunjukan fesyen khas Hariraya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...