Monday, September 30, 2013

Tabaloi di Mukah, Sarawak


 Tabaloi merupakan makanan tradisional Kaum Melanau di Sarawak.
 Ia  diproses dengan dua cara iaitu dengan menggunakan cara tradisional atau
moden.

 
Cara pembuatan Tabaloi boleh dilakukan dengan berkunjung ke  Kampung Tutus Hilir, Mukah.
 Tabaloi merupakan snek yang dimakan semasa mereka menjalankan proses membuat sagu.  Pada zaman dahulu, Tabaloi dihasilkan secara tradisional dengan menggunakan belanga yang besar.
Tabaloi kini dihasilkan dengan pelbagai perisa seperti  strawberi, milo, dan pandan. 

Tuesday, September 24, 2013

Muzium Padi Kedah


Muzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar. 
. Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.
 Bangunan ini terbahagi kepada 3 aras :
Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. 
 Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian. 
Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan kapasiti 40 pengunjung.
Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. 

Tuesday, September 17, 2013

Kota Ngah Ibrahim/Muzium Matang di Perak


 Muzium Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim)  terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak.
Ia dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan  - orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di  Larut, Matang dan Selama. 
Ngah Ibrahim menggunakan bangunan ini sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut. 

 Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak di bawah pentadbiran Inggeris sehingga ia dijadikan Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922).
Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa pendudukan Jepun (1941-1945) ia berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua tahun 1946, ia dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984).
 Kota ini dijadikan Muzium Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ia diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia. 

Wednesday, September 11, 2013

Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang

Bao Sheng Durian Farm di Pulau Pinang menjadi tumpuan penggemar tegar yang ingin menikmati keenakan pelbagai jenis durian berkualiti setiap kali tiba musim durian
Ia terletak di Sungai Pinang, Balik Pulau di mana terdapat enam jenis pokok durian pelbagai gred yang ditanam di atas tanah seluas 6.7 ekar sejak tahun 1959.
Durian Balik Pulau sememangnya menjadi tarikan utama dan kualiti buah tersebut menjadi sebutan ramai.
Pemilik Bao Sheng Durian farm menyediakan  lima buah‘homestay’ yang bercirikan vila  untuk pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di dusun.
Dua buah vila berkonsepkan ciri-ciri Bali, Indonesia  disediakan untuk mereka yang inginkan kelainan dan bermalam di dalam hutan. 
Penyediaan pakej ‘durian tour’ turut disediakan untuk pengunjung yang berminat.
Melalui aktiviti ini, pengunjung berpeluang meredah dusun dan menanti durian gugur dan mereka turut diajar mengenal jenis dan kualiti buah tersebut.
Pakej makan durian turut disediakan berdasarkan gred dan kualiti buah yang diingini  pelanggan. 

Monday, September 9, 2013

Pasar Ahad Wang Kelian, Perlis




Pasar Sehari Wang Kelian adaalah salah satu pintu masuk yang menghubungkan Padang Besar, Perlis dan Thailand.  Pekan kecil yang terletak bersempadan dengan Wang Prachan, Thailand merupakan syurga membeli-belah di sempadan negeri. 
Kebanyakan pelancong tertumpu di Pasar Sehari Wang Kelian yang menawarkan pelbagai barangan seperti makanan, perhiasan rumah, , barangan kraf tangan, tilam, pinggan mangkuk dengan harga yang murah tetapi berkualiti. 
Jika sebelum ini Pasar Sehari Wang Kelian dibuka hanya pada hari Ahad, tetapi kerana permintaan tinggi, waktu operasinya  dilanjutkan setiap hari. 
Rakyat kedua-dua negara bebas keluar masuk di pintu sempadan untuk mengunjungi Pasar Sehari Wang Kelian dalam kawasan Malaysia dan Wang Prachan di Thailand untuk membeli-belah. Pelancong Thailand  hanya perlu menunjukkan pas sempadan atau pasport. Pelancong Malaysia pula perlu menunjukkan kad pengenalan jika ingin membeli belah di Wan Prachan di Thailand.

Monday, September 2, 2013

Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan  menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. 
Kini, istana itu berubah "peranannya" menjadi muzium.
 Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Ia adalah  istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908.
Istana setinggi empat tingkat disediakan Pelan asalnya oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. 
Pada ketika ini  Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...