Monday, October 28, 2013

Taman Rimba Kenong @ Pahang

Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km dari Kuantan. 
Ia adalah hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. 
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, 
kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.
Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya 
Taman ini turut mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. 

Thursday, October 10, 2013

House of Horror di I-City, Shah Alam.

Destini terbaru bagi mereka yang mahu mencuba yang baru - House of Horror di I-City Shah Alam.
Kawasan seluas 15,00 kaki persegi memuatkan pelbagai pengalaman baru bagi meneroka 
 pelbagai tema dunia hantu.
House of Horror dimajukan oleh  I-Berhad di kawasan seluas 29 hektar di Seksyen 7, Shah Alam. 
Di samping House of Horror pengunjugn juga boleh mengunji tarikan pelancongan lain seperti Antara  Bandar Lampu Digital, Snowalk, WaterWorld, FunWorld , Red Carpet & Muzium Silap Mata.
Selamat berkunjung.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...