Monday, May 2, 2016

Florence - Kota Tercantik Di Dunia



Florence - ibu kota provinsi Firenze, Daerah Toscana, Itali Tengah. Dengan penduduk seramai 400 ribu orang ia adalah tempat kelahiran Renaissance, sejak abad ke-14 hingga ke 16. 
Florence kini dan selamanya  dikenal sebagai pusat budaya, 
ekonomi dan kewangan penting di Italy dan Eropah. 
Kota ini dianggap sebagai kota pelopor kebangkitan seni budaya Italy. Karya sastra yang lahir dari sastrawan besar Florence seperti Dante, Boccaccio dan Petrarch, ditulis dalam dialek Toscana yang kemudian berkembang menjadi bahasa Itali moden.
Antara destinasi tarikan pelancong ialah bangunan bersejarah yang masih mempertahankan suasana Renaissance seperti Piazza del Duomo. 
Bangunan ini dirancang oleh Arnolfo di Cambio, dibangun mulai 1296 dan selesai pada tahun 1436.  Pada tahun 1982, Florence diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. 
Pelancong juga boleh berkunjung ke  Ponte Vecchio (jambatan tua) yang dibangun pada 1345. Ia menjadi jambatan pertama di Florence yang berdiri di atas Sungai Arno. Kawasan itu yang menjadi tarikan pelancong dihuni oleh para pedagang perhiasan dan koleksi fesyen.
Keindahan bandar ini tetap terpelihara dengan ciri-ciri zaman Renaissancenya walaupun berabad masa sudah berlalu. Majalah Forbes juga telah menggelarkan Florence sebagai bandar yang tercantik di dunia.
Selamat berkunjung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...