Wednesday, March 30, 2016

Bariani Johor Pak Anjang @ Shah Alam

Sekiranya anda peminat Nasi Bariani, anda boleh berkunjung ke  Restoran Pak Anjang Bariani Johor, di Seksyen 13, Shah Alam
Nasi Beriani Gam Johor yang ditawarkan 
memang asli Johor dan cukup istimewa.
Pastinya yang paling istimewa ialah Bariani kambing. Bariani lain yang juga cukup istimewa ialah Bariani Daging & Ayam.
Sekiranya anda berhasrat merasa Nasi Bariani Gam
ini kunjungi restoran itu di alamat:
Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13,
40100 Shah Alam.

Thursday, March 10, 2016

Milan - Kota Komersil Itali Menggamit Pelancong



Kota Milan dengan 1.35 juta penduduk adalah pusat industri, perdagangan dan kewangan Itali. Milan sebagai kota kedua terbesar di Itali selepas Rome juga terkenal sebagai pusat rekabentuk dan fesyen termasyhur dunia.

Tempat paling utama bagi pelancong ketika di sini ialah  Piazza Duomo - gereja gotik dan Galleria Mall bersebelahan  yang juga pusat beli-belah tertua dan tersibuk dunia.  


Piazza Duomo adalah Katedral Katolik kedua terbesar selepas Katedral Sevilla. Gereja ini panjangnya 157 meter dan boleh menampung  40 ribu orang  di dalamnya. 



Galleria Vittorio Emanuele II pula ialah pusat belibelah  yang unik dengan kubah kacanya. Di dalam Galleria ini tersedia pelbagai butik berjenama seperti Prada, Louis Vuiton, Gucci, Versace, Cartier, Giorgio Armani, Via Manzoni  dan lain-lain.

Kota Milan memiliki banyak tempat bersantai bersama keluarga dengan mengunjungi opera, mahupun menonton bolasepak dua pasukan terunggul iaitu Inter Milan & A.C.Milan. 

Sistem pengangkutan yang efisien seperti penggunaan tram, bus dan metro line memudahkan perjalanan bagi semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...