Tuesday, February 28, 2017

Mee Bandung Pak Anjang @ Shah Alam

Sekiranya anda peminat Mee Bandung, aapa kata mencuba 
di Restoran Pak Anjang Bariani Johor, di Seksyen 13, Shah Alam.
SIa boleh dikunjungi di alamat berikut:
Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13,
40100 Shah Alam.
Restoran ini lebih popular dengan Nasi Beriani Gam Johornya. 
Ikuti link berikut mengenai  : Pak Anjang Bariani Johor.

Tuesday, February 14, 2017

Mendaki Bukit Tabur di Gombak

Bagi peminat aktiviti lasak di hujung minggu, apa 
kata mencuba mendakiBukit Tabur yang  terletak 
antara Taman Melawati & UIA Gombak. 
Ia popular di kalangan peminatnya kerana 
lokasi yang begitu hampir di Ibunegara.
Ia juga popular kerana Mendaki Bukit Tabur 
hanya mengambil masa kira-kira dua jam.
Antara pemandangan yang boleh dilihat ialah  Empangan 
Kelang Gate serta  bandaraya  metropolitan Kuala Lumpur. 
Pengunjung juga berpeluang melalui cerun-cerun yang tersedia dan  menemui laluan berpermaidani hijau di penghujung pendakian.
Selamat berkunjung.
Foto Ihsan Nurul Sofia Ahmad Fuad.

Monday, February 6, 2017

Berkunjung ke Padang Kota di Pulau Pinang


Padang Kota adalah antara tempat popular yang 
sering dikunjungi pelancong ke Pulau Pinang.
Di sini pengunjung boleh melihat bangunan 
bersejarah yang dikenali sebagai Fort Cornwallis.
Kubu pertahanan dibina di Padang Kota Lama dan beberapa 
buah meriam di sini masih dapat dilihat dengan jelas. 
Selamat berkunjung.

Thursday, February 2, 2017

The Tip Of Borneo @ Kudat, Sabah

Sekiranya anda ke Sabah, pastikan anda 
ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat.
Ia lebih terkenal dengan jolokan nama The Tip Of 
Borneo atau Penghujung Barat Laut Kepulauan Borneo.
Pemandangannya yang mempesona sentiasa menjadi 
buah mulut terutamanya para pencinta alam.
Untuk ke destinasi ini, pemanduan selama empat jam 
dari Kota Kinabalu  atau  kira-kira 215 kilometer. 
Dari dataran, apengunjung  boleh melihat pandangan 
luas lautan Sulu dan Laut China Selatan. 
Bagi yang meminati seni fotografi, inilah lokasinya  
untuk merakam pelbagai keindahan dan panorama.
Pengunjung tidak perlu bimbang mengenai tempat tinggal 
kerana di sini  tersedia chalet dengan harga yang berpatutan. 
Foto2 Ehsan Azmirul Fariz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...