Friday, September 20, 2019

Lebuh Buckingham
















Masjid Kapitan Keling terletak di Jalan Masjid Kapitan Kling
(Lebuh Pitt) di antara Lebuh Chulia dan Jalan Buckingham.
Masjid Kapitan Keling dibina oleh tentera East India Company yang merupakan antara penduduk Islam yang mula-mula menetap di Pulau Pinang di penghujung tahun 1700. Beberapa tahun kemudian, penduduk India Muslim yang kian berkembang jumlahnya memerlukan sebuah masjid tetap yang lebih besar.
Pada tahun 1801, masyarakat ini yang diketuai oleh pemimpin mereka, Cauder Mydin Merican yang juga bergelar 'Kapitan Keling' diberikan kawasan tanah seluas 18 ekar.
Bangunan asal yang dibina merupakan bangunan satu tingkat yang diperbuat dari batu-bata tetapi setelah berabad lamanya masjid ini telah banyak diubahsuai dan dinaiktaraf mengikut arus perkembangan semasa.

Masjid berwarna putih ini di kelilingi dengan tembok yang rendah dan dihiasi dengan kubah dan menara berwarna kuning mengikut gaya senibina India Muslim.

Terdapat juga sebuah madrassah di perkarangan masjid ini.

Menara yang tinggi ini yang pernah digunakan suatu ketika dahulu untuk bilal melaungkan azan terletak di persimpangan di antara Jalan Buckingham dan Jalan Pitt.

Wednesday, May 1, 2019

Jom Makan Colek di Kota Baru


 "Colek', sejenis juadah yang popular di kalangan rakyat Kelantan.
Ia lebih ketara dan popular selepas umat Islam menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadhan..
Colek ialah masakan ayam, peparu, perut lembu, udang, sotong, cucur dan sosej yang dicelup tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah pencicah pedas dan manis.
Selain itu, colek juga merangkumi pelbagai aneka buah-buahan yang dipotong halus dan lazimnya dikenali sebagai rojak buah di negeri lain.
Colek turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kelantan untuk mereka yang berkunjung ke negeri ini pada bulan Ramadan menikmatinya.
Selamat mencuba.

Saturday, April 27, 2019

Jesselton Point



Jesselton Point terletak berhampiran Wisma Sabah, dan Hyatt Regency Kota Kinabalu. Ia merupakan bangunan yang baru diubahsuai untuk dijadikan terminal feri bagi mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug Mamutik dan Manukan.
Perjalanan untuk ke pulau mengambil masa kira-kira 20 minit dan sebaik sampai di pulau pengunjung perlu membayar ‘island tax’ sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM0.50 untuk yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ia juga tempat terminal bagi mereka yang mahu berkunjung ke Manukan Island Resort dan Gayana Resort.

Apa yang menariknya ialah bangunan lama yang diubahsuai ini lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi para pengunjung seperti restoran pelbagai jenis makanan dan pelbagai jenis kedai cendermata.

Tuesday, April 9, 2019

Pusat Konservasi gajah @ Kuala Gandah

Pusat ini terletak 15km dari pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.
Sebelum mengunjungi pusat ini, pengunjung digalakkan menghubungi pusat ini ..
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) adalah satu pusat yang unik di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya diterokai oleh pembangunan. 
Gajah liar ini  ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah terlatih dan digunakan bagi operasi pemindahan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti di PKGK yang a bermula dari jam 10.30 pagi.

Thursday, April 4, 2019

Pasar Harian Viktualienmarkt @ Munich, Germany



Viktualienmarkt  merupakan satu lokasi menarik untuk dikunjungi sekiranaya Anda berada di Munich, Germany. Pasar harian ini turut menjadi  tarikan pelancong kerana ia menawarkan pelbagai jenis bahan makanan.

Pasar yang terletak di kawasan 22,000 meter persegi tidak hanya menjual buah, sayur dan keperluan seharian malah turut menawarkan bunga, daging, ikan, keju dan barangan keperluan dapur.







Ia terletak di Pusat kota Munich 
berhampiran dengan Marienplatz.


Pada mulanya pasar ini terletak di Marienplatz, Munich  tetapi kerana ia berkembang sebegitu pesat, King Maximilian1 menitahkan supaya lokasi pasar harian itu dipindahkan  ke kawasan berhampiran pada tahun 1807.



Ia dibuka sepanjang tahun setiap hari Isnin hingga Sabtu.



Di sini, selain berbelanja, para pengunjung juga 
berpeluang berinteraksi dengan penduduk setempat.



Selamat berkunjung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...