Showing posts with label jalan2-SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label jalan2-SELANGOR. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Mendaki Bukit Tabur di Gombak

Bagi peminat aktiviti lasak di hujung minggu, apa 
kata mencuba mendakiBukit Tabur yang  terletak 
antara Taman Melawati & UIA Gombak. 
Ia popular di kalangan peminatnya kerana 
lokasi yang begitu hampir di Ibunegara.
Ia juga popular kerana Mendaki Bukit Tabur 
hanya mengambil masa kira-kira dua jam.
Antara pemandangan yang boleh dilihat ialah  Empangan 
Kelang Gate serta  bandaraya  metropolitan Kuala Lumpur. 
Pengunjung juga berpeluang melalui cerun-cerun yang tersedia dan  menemui laluan berpermaidani hijau di penghujung pendakian.
Selamat berkunjung.
Foto Ihsan Nurul Sofia Ahmad Fuad.

Monday, July 21, 2014

Promosi Hari Raya - Empire Gallery 2014


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kompleks Belibelah Empire Gallery, Subang Jaya  memilih suasana kampung sebagai tema promosi hari raya tahun ini.


Barangan yang dipromosikan ialah barangan keperluan hari 
raya seperti pakaian, kueh muih dan bungkusan hadiah.

Kueh Mueh untuk menjamu selera pada hari 
raya serta pakaian menjadi pilihan pengunjung.
Selamat berkunjung.


Thursday, October 10, 2013

House of Horror di I-City, Shah Alam.

Destini terbaru bagi mereka yang mahu mencuba yang baru - House of Horror di I-City Shah Alam.
Kawasan seluas 15,00 kaki persegi memuatkan pelbagai pengalaman baru bagi meneroka 
 pelbagai tema dunia hantu.
House of Horror dimajukan oleh  I-Berhad di kawasan seluas 29 hektar di Seksyen 7, Shah Alam. 
Di samping House of Horror pengunjugn juga boleh mengunji tarikan pelancongan lain seperti Antara  Bandar Lampu Digital, Snowalk, WaterWorld, FunWorld , Red Carpet & Muzium Silap Mata.
Selamat berkunjung.




Thursday, August 15, 2013

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Bagi peminat coklat, berkunjunglah ke Chocolate Museum di Kota Damansra.
Museum ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai sejarah Coklat bagi pelanggannya.
Pelbagai jenis coklat dari pelbagai negara tersedia untuk pengunjung.
Bagi mereka yang berminat. Mereka boleh mengunjungi muzium ini @ 
Jalan Teknologi 3/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Selamat berkunjung.

Tuesday, May 7, 2013

Water World @ i-City, Shah Alam

Kepada yang tidak tahu kemana hendak membawa keluarga  
bercuti apa kata ke destinasi terbaru di Lembah Klang.
Tempat yang dimaksudkan ialah WaterWorld @i-City Shah Alam.
Terdapat pelbagai permainan dan kemudahan 
yang disediakan untuk pengunjung.
 Antara yang menjadi tarikan disini adalah tornada yang terbesar di Asia. 
Selamat berkunjung.

Friday, April 19, 2013

Warung Leko @ The Curve,KL


Bagi peminat makanan Indonesia, satu lagu premis 
terkini yang boleh dikunjungi ialah Warung Leko.
Warung Leko menawarkan pelbagai jenis makanan
Indonesia dan pastinya yang popular ialah Ayam Penyet.
Warung Leko pertama di Malaysia boleh dikunjungi di alamat  18-1, First Floor, The Curve  Link2,  
Mutiara Damansara.
Warung Leko mempunyai 46 cawangan di Indonesia.
Ia boleh dikunjungi setiap hari 
dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Selamat berkunjung.

Wednesday, April 17, 2013

Herbs Park di Botanic Park Shah Alam

Pengunjung ke Shah Alam Botanic Park 
boleh bersantai atau berkhemah di situ.

Terdapat pelbagai jenis Taman 
di sini termasuk Taman Herba.


Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai 
khasiat herba daripada pokok2 yang ditanam.

Kebanyakan daripada herba-herba ini boleh  
dihasilkan dengan menanamnya sendiri di rumah.
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...