Sunday, August 2, 2009

Feri Pulau Pinang.


Perkhidmatan feri Pulau Pinang adalah feri penumpang pertama dan paling tua yang masih beroperasi di negara ini. Perkhidmatannya dimulakan oleh sebuah syarikat adik beradik Quah Beng Kee pada tahun 1894 dengan mengangkut kenderaan dan orang ramai dari Tanah Besar ke Pulau Pinang.

Perkhidmatan ini diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1924 yang kemudiannya memperkenalkan perkhidmatan feri yang lebih selesa.

Tunku Abdul Rahman merasmikan jeti baru iaitu Pangkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang pada tahun 1959.

Sejak perkhidmatan feri diperkenal, sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar Pulau Pinang dan Butterworth dan juga para pelancung begitu mengalakkan.

Pada masa ini, pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar.

Feri-feri membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan di dek atas dan kenderaan di dek bawah tersebut berlepas dari terminal setiap lapan minit pada waktu puncak dan frekuensinya berkurangan menjelang tengah malam.

Perjalanan feri mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...