Sunday, October 9, 2011

Flea Market Les Puces @ Paris



Sekiranya Anda berada di kotaraya Paris pastikan anda berkunjung
ke flea market atau pasar loak paling terkenal di Paris,
Les Puces de Saint-Ouen. Ia lazinimnya dipanggil sebagai Les Puces.
Les Puces adalah pasar loak terbesar di Eropah yang memiliki lebih dari
2.000 toko yang menjual pelbagai jenis barangan daripada pelbagai kategori.
Pasar ini terletak di Porte de Clignancourt. Toko-toko di Les Puces ini dibuka
setiap hari Sabtu mulai jam 9 pagi hingga 6 petang, Minggu mulai pukul 10
pagi hingga 6 petang dan Isnin mulai jam 11 hingga 5 petang.
Kebanyakan toko di sini adalah hasil warisan turun-temurun dari keluarga
pengumpul barang antik. Para pengunjung boleh mencari barangan
yang dimahukan dan bersedia untuk tawar menawar dengan penjualnya.
Antara yang mendapat sambutan pastinya toko yang menawarkan pelbagai jenis
perabot, perhiasan lama, cermin lama, dan barang antik menarik lainnya.

Selamat Berkunjung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...